Enjin rosak dan bocor, tiga nelayan ..

Tiga nelayan terbabit berjaya diselamatkan APMM

KUALA MUDA– Tiga nelayan menempuh situasi getir apabila bot dinaiki tiba-tiba mengalami kerosakan enjin dan bocor sebelum diselamatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Kejadian berlaku pada jarak kira-kira 31 batu nautika barat Pulau Sayak petang semalam.

Dalam kenaikan itu, mangsa, Awang Mat Shah, 63, keluar menangkap ikan bersama Sazali Seman dan Nik Man yang masing-masing berusia 53 tahun dengan menaiki bot nelayan tempatan kelas A.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak berkata, operasi Cari Alamat segera diaktifkan Maritime Rescue Sub-center (MRSC) sebaik menerima maklumat pada jam 5.45 petang.

Menurutnya, sebuah bot Perkasa 24 digerakkan ke lokasi bagi menyelamatkan tiga nelayan terbabit.

“Dalam kejadian petang semalam bot mangsa dipercayai mengalami kerosakan enjin dan mengalami kebocoran ketika sedang menangkap ikan.

“Usaha menyelamat melibatkan bot PERKASA 24 Maritim Malaysia dan mengambil masa hampir dua jam berikutan cuaca buruk,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, ketiga-tiga nelayan berjaya diselamatkan pada jam 7.50 malam dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Mangsa kemudianya dibawa ke jeti awam Tanjung Dawai dan diserahkan kepada keluarga masing-masing,”katanya.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.