Kerisauan isteri akhirnya terjawab..

PELABUHAN KLANG– Seorang nelayan yang tidak pulang ke rumah sejak semalam ditemui terapung di kedudukan 2.6 batu nautika utara Pulau Ketam, hari ini.

Lelaki berkenaan dilaporkan keluar menjaring ikan di perairan Sementa, Kapar, Selangor lebih kurang jam 5.00 petang semalam.

Tindakan pantas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya mengesan nelayan tersebut.

Pengarah Maritim Negeri, Kepten Maritim Mohamad Rosli Kassim berkata, Maritim Malaysia menerima panggilan daripada isteri mangsa pada jam 1:00 pagi semalam.

Menurutnya, aset Maritim Malaysia segera digerakkan dalam Operasi Carilamat  yang diaktifkan jam 3:30 pagi.

“Bot yang dinaiki mangsa ditemui oleh bot maritim jam 11:05 pagi dalam keadaan terbalik dan separuh tenggelam akibat di pukul ombak dikedudukan lebih kurang 3.1 batu nautika barat daya Sungai Serdang Besar.

Lelaki berkenaan diselematkan pasukan penyelamat

“Manakala mangsa pula berjaya dikesan pesawat udara AS 365 N3 Maritim Malaysia 5 minit kemudian di kedudukan 2.6 batu nautika utara Pulau Ketam dalam keadaan terapung dan memakai jaket keselamatan,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mangsa diselematkan oleh perenang penyelamat dan terus di bawa ke Stesen Udara Maritim Subang dan dihantar ke Hospital Shah Alam bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Pasukan Polis Marin, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Angkatan
Pertahanan Awam turut terlibat dalam operasi berkenaan.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.