KUALA LUMPUR– Kesombongan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk menjadikan Timur Tengah yang merangkumi Gaza sebagai neraka dibalas sekelip mata oleh Allah dengan menukar apa disebut kepada negaranya sendiri.
Tragedi kepada Amerika Syarikat juga merupakan amaran perlu diambil pengajaran penting kepada semua pemimpin termasuklah di negara ini.
Los Angeles mengalami kebakaran mega yang sukar dikawal hingga memusnahkan rumah, premis, jalan raya, hutan dan apa saja dalam skala sangat dasyat.
Jumlah kematian diramal tinggi berbanding apa dilaporkan media barat, Amerika Syarikat dilihat menyembunyikan angka korban sebenar rakyatnya.
Pengerusi Pertubuhan Angkatan Masyarakat Melayu (PAMM) Negeri Kedah, Dato’ Mustaffa Idrus berkata, hingga kini kebakaran di Los Angeles sukar dikawal malah api merebak pula ke tempat lain.
“Donald Trump telah menunjukkan satu watak yang sangat sombong. Kenyataan untuk terus menzalimi rakyat Palestin dibalas Allah dengan sekelip mata saja.
“Walaupun Donald Trump mempunyai kekuasaan dan kerajaan besar, tetapi hanya dengan baru sedikit bencana, Amerika Syarikat sudah hampir lumpuh dan kerugian besar,”katanya.
Beliau berkata, apa berlaku kepada Amerika Syarikat perlu diambil pengajaran oleh pemimpin khususnya pemimpin kerajaan supaya tidak sombong kepada rakyat.
“Pemimpin-pemimpin negara kita tidak terlepas dengan kenyataan-kenyataan sombong dan berbaur penghinaan dan kemegahan.
“Justeru PAMM mahu mengingatkan pemimpin-pemimpin berkenaan yang ada supaya sedar dan muhasabah diri.
“Janganlah terus menekan rakyat dengan pelbagai kenyataan, tindakan dan hukuman serta pembohongan.
“Ingatlah, doa rakyat dizalimi sangat dekat di sisi Allah. Apa berlaku kepada Amerika Syarikat adalah doa-doa daripada rakyat Palestin dan umat seluruh dunia. Doa adalah senjata umat Islam,”katanya.
Mustaffa berkata, bala besar berlaku di luar negara tidak mustahil akan menimpa Malaysia jika pemimpin terus sombong dan angkuh terhadap Islam.
RENTAS7
Leave a Reply