SUNGAI PETANI– Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak sepatutnya menggangu pentadbiran kerajaan yang sedang membasmi COVID-I9 dengan permintaan bodoh.
Pengerusi Angkatan Melayu Negeri Kedah (PAMM), Datuk Mustaffa Idrus berkata, jika sebelum ini Anwar asyik menuntut bekas Perdana Menteri ketujuh meletakkan jawatan, kali ini Anwar mendesak Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pula untuk membuat sidang Parlimen tergempar pada I8 Mei.
“Bila Tan Sri Muhyiddin menolak sidang tersebut kerana keutamaan kepada negara membasmi COVID-I9, Anwar mengambil populariti seolah-olah kerajaan PN tidak cukup sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat.
“Adakah Anwar tidak sedar bahawa ketika PH memerintah mereka gagal mengurus negara dengan baik sehingga menyebabkan rakyat marah dan menolak mereka. Buktinya kita lihat dalam lima Pilihan Raya Kecil yang kesemuanya dimenangi pembangkang,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, alasan Anwar mahu membahaskan Pakej Rangsangan Ekonomi wabak COVID-I9 bagi menuntut sidang tersebut boleh dinilai dengan akal waras setiap manusia.
“Ketika kerajaan sedang menyelamatkan negara daripada COVID-I9, PH sibuk menuntut perkara yang tidak wajar dibincangkan.
“Berilah ruang kepada kerajaan baharu menyelesaikan virus yang sedang melanda dunia ini. Rakyat sudah bosan dengan politik bodoh melampau PH.
“Sewaktu anda berkuasa, tidak pula PH bersungguh-sungguh membasmi COVID-I9 malah lewat menyekat pelancong dari China. Tetapi sekarang tiba-tiba sahaja mahu berlagak wira?,”katanya.
Kata Mustaffa, Anwar dinasihati pulang ke pangkal jalan iaitu tidak bekerjasama dengan DAP yang ternyata membawa banyak masalah kepada negara sepanjang 22 bulan memerintah negara.
“BN telah menerima pengajaran apabila pemimpin mereka yang didakwa rasuah telah diheret ke mahkamah, maka biarkan mahkamah selesaikan urusan mereka.
“Dalam Kabinet PN sekarang tiada muka-muka yang disabit kes di mahkamah. Tetapi kita faham, Anwar tidak peduli semua itu melainkan bercita-cita menjadi Perdana Menteri yang telah diidamkan lebih dua dekad lalu,”katanya
Rentas7.com
Memang betul tu…nampak sangat gila kuasa sedangkan rakyat sedang berjuang melawan covic 19 …..kalau rakyat tak boleh baca juga game ni tak taulah