Mat Sabu menanti kepulangan Bersatu

KUALA LUMPUR- Amanah menyambut baik sekiranya Bersatu kembali ke dalam Pakatan Harapan (PH) kata Presiden Amanah, Mohamad Sabu atau dikenali Mat Sabu.

“Amanah menyambut baik pandangan Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang menyifatkan parti itu perlu kembali bersama PH.

“Keutuhan gabungan bersama PH merupakan tunjang dan kekuatan dalam menghadapi segala krisis yang melanda negara dan pada masa yang sama berhadapan kerajaan pintu belakang Perikatan Nasional,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, Amanah percaya PH sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak yang mendukung tinggi prinsip integriti serta tajdid, yang diperjuangkan Pakatan Harapan selama ini.

“Walau bagaimanapun, Amanah berpandangan perkara tersebut wajar dibincang dan diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Presiden PH,”katanya.

Mukhriz pada 3 Mei dalam satu kenyataan mendakwa Bersatu berdepan kerjasama politik tidak menentu dengan PAS dan UMNO.

Sehubungan itu, Menteri Besar Kedah itu menjemput Bersatu supaya kembali bersama PH.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.