Cetak peta Sabah dalam Pasport Filipina, ini jawapan Malaysia!

KUALA LUMPUR-Malaysia mengulangi pendirian untuk tidak melayani sebarang tuntutan Filipina ke atas Sabah kata Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

“Saya telah jelaskan sebelum ini dan sekali lagi saya hendak tegaskan kepada semua pihak di luar sana, Sabah merupakan sebahagian daripada Malaysia buat selama-lamanya.

“Jadi jangan cuba-cuba hendak mempertikaikannya,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pendirian kerajaan Malaysia amat jelas iaitu mempertahankan Sabah sampai bila-bila.

“Sampai bila-bila pun Malaysia tidak akan melayan apatah lagi memenuhi sebarang tuntutan oleh mana-mana pihak ke atas negeri Sabah!,”katanya.

Memetik Utusan Borneo, media pada semalam melaporkan keputusan Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Negara Filipina membenarkan cetakan peta Filipina yang merangkumi Sabah.

Ia meliputi kawasan 320 kilometer Zon Ekonomi Ekslusif (EEZ) dan Peta Sabah turut dimasukkan dalam pasport berkenaan.

Isu tuntutan dan provokasi Filipina ke atas Sabah bukan perkara baru. Sebelum ini juga kerajaan telah menegaskan Filipina tidak mempunyai hak mahupun asas sejarah untuk menuntut negeri itu.

Rentas7.com/ Utusan Borneo

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.