SUNGAI PETANI- Tiada apa lagi yang perlu dipertahankan Datuk Seri Mukhriz Mahathir selepas hilang kepercayaan 23 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk enam rakan sendiri. Pengerusi Persatuan Angkatan Melayu Negeri Kedah (PAMM), Datuk Mustaffa Idrus berkata, kenyataan Mukhriz bahawa beliau masih menjadi Menteri Besar yang sah tidak membawa sebarang makna. "Kamu sebelum ini mempunyai 19 kerusi. Tapi kini sudah berkurangan ...

ALOR SETAR- Datuk Seri Mukhriz Mahathir mendakwa masih lagi menjadi Menteri Besar meskipun hilang kepercayaan 23 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri ini. "Saya masih lagi Menteri Besar dan kerajaan negeri masih beroperasi seperti biasa. "Pihak pembangkang tidak boleh mengumumkan pertukaran kerajaan negeri dengan hanya membuat sidang media dan tindakan menukar Menteri Besar perlu melalui proses tertentu,"katanya melalui hantaran ...

SUNGAI PETANI- Situasi semasa politik negara memberikan gambaran politik Pakatan Harapan (PH) menuju kehancuran sepenuhnya. Pengerusi Persatuan Angkatan Melayu Negeri Kedah (PAMM), Datuk Mustaffa Idrus berkata, PH sukar untuk menang sekiranya Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan. Menurutnya, kemasukan Bersatu ke dalam blok PAS dan UMNO menambahkan lagi kekuatan orang Melayu dan ia dilihat sangat ampuh untuk meruntuhkan blok PH dan ...

SUNGAI PETANI- Usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menunjukkan Tun Dr Mahathir Mohamad berkemungkinan besar sedang diperalatkan Pakatan Harapan (PH). Pengerusi Persatuan Angkatan Melayu Negeri Kedah (PAMM), Datuk Mustaffa Idrus (gambar) berkata, beliau percaya bekas Perdana Menteri itu tidak akan bertindak bersendirian melainkan dipergunakan. "Bekas Perdana Menteri itu seperti "dicucuk" oleh PH bagi kepentingan individu lain. ...

ALOR SETAR-Semua wakil rakyat PKR di Kedah dituntut menjelaskan sokongan sebenar politik mereka. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Ketil, Mejar (B) Mansor Zakaria berkata, ADUN Sidam Dr. Robert Ling Kui Ee bersama wakil rakyat PKR lain di negeri ini perlu berterus terang. Menurutnya, ia berikutan ADUN Sidam dilihat tidak lagi sehaluan dengan PKR apabila anggota dalam bahagiannya dikenakan tindakan ...

ALOR SETAR- PAS Kedah bersiap sedia mengambil alih pemerintahan kerajaan negeri Kedah ekoran kepincangan Pakatan Harapan (PH). Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah, Ahmad Yahaya berkata, kepincangan dan perpecahan yang berlaku dalam PH Kedah sukar dikawal lagi. Menurutnya, gabungan itu semakin memperlihatkan kelemahan dalam mengawal selia negeri Kedah. "Kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sidam, Dr. Robert Ling Kui Ee pada Isnin, ...

KUALA LUMPUR-"Saya sering memohon agar Allah tidak bebankan saya dengan suatu jawatan yang menyusahkan saya nanti di akhirat, dan mengharapkan pertolongan Allah dengan amanah ini,". Demikian kata, Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang dilantik sebagai Menteri Alam Sekitar. Menurutnya, beliau tidak menduga akan diserap ke dalam Kabinet kerana menyedari tanggungjawab dipikul amatlah berat. "Saya tidak menduga akan ...

ALOR SETAR- Jelajah Mandat Rakyat  di Dataran Stargate pada 6 Mac merupakan salah satu usaha Pakatan Harapan (PH) mempertahankan Kedah daripada jatuh ke tangan Perikatan Nasional (PN). Bagaimanapun, timbul persoalan apakah siri ceramah berkenaan tidak mendapat sokongan wakil rakyat PH sendiri? Ia ekoran ketiadaan ADUN Lunas daripada PKR yang tidak hadir dalam program tersebut sedangkan gambarnya terpampang jelas dalam kain ...

KUALA LUMPUR-Satu klip video berdurasi I6 saat ceramah bekas Menteri Agama (gambar), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof tular di media sosial. Dalam video itu, Mujahid sambil menunjukkan wajahnya dengan jari telunjuk melontarkan soalan kepada hadirin. "Muka macam  saya ada PHD, rasa-rasa boleh jadi barua orang? "Rasa-rasa ni, boleh jadi ka khadam orang ni? Tak boleh,"katanya sambil disusuli tepukan penonton. Barua ...

ALOR SETAR- Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yakin kerajaan negeri akan kekal di bawah PH walaupun berstatus negeri pembangkang. Memetik BH online, Mukhriz berkata, jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Bersatu dan PH mencukupi untuk gabungan itu memerintah. Beliau berkata, Bersatu di peringkat pusat ialah sebahagian daripada Perikatan Nasional, namun di Kedah situasinya berbeza. "Esok kita akan ...