“Muka macam saya ada PHD”- Mujahid

KUALA LUMPUR-Satu klip video berdurasi I6 saat ceramah bekas Menteri Agama (gambar), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof tular di media sosial.

Dalam video itu, Mujahid sambil menunjukkan wajahnya dengan jari telunjuk melontarkan soalan kepada hadirin.

“Muka macam  saya ada PHD, rasa-rasa boleh jadi barua orang?

“Rasa-rasa ni, boleh jadi ka khadam orang ni? Tak boleh,”katanya sambil disusuli tepukan penonton.

Barua dalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka beerti orang perantaraan yang digunakan untuk mengerjakan sesuatu pekerjaan jahat.

Video itu dipercayai diambil dalam ceramah penerangan dihadiri Mujahid yang juga Naib Presiden Amanah dan Ahli Parlimen Parit Buntar kepada penyokong  Pakatan Harapan (PH).

PH kini tumbang di peringkat nasional susulan perebutan kuasa di antara pemimpin dalaman mereka sehingga membawa kepada peletakan jawatan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 24 Februari lalu.

Rentas7.com

 

 

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.