PATANI - Salah seorang anggota kumpulan pejuang kemerdekaan Patani maut dalam satu pertempuran dengan tentera semalam. Kejadian berlaku di Kampung Gajah Mati Mukim Tebing. Mangsa dikenali Abdul Rahman Harun, 34, berasal dari Kampung Kelaba Saiburi. Mangsa adalah guru sekolah Melayu tadika dan pelajar di sebuah pondok agama. Media tempatan memetik sumber Tentera Ranger Thai 44 melaporkan, pasukan tentera sebelum itu ...

NARATHIWAT- Serangan bom ke atas sebuah kereta api di sini semalam memusnahkan bahagian tempat duduk penumpang. Kejadian berlaku pada jam 12.30 tengah hari di Mukim TanjungMas daerah Ratget. Tidak dapat dipastikan motif sebenar serangan. RENTAS7 ...

PATANI-Seorang pejuang kumpulan pembebasan Patani maut dalam pertempuran dengan tentera Thailand di Kampung Lipat Songo awal pagi tadi. Pertempuran di daerah Nongcik itu mengorbankan Rozali Langso. Susulan itu, pasukan tentera mengepung kawasan berkenaan dan menutup lalu lintas di kawasan tersebut. RENTAS7 ...

PATANI - Umat Islam di negara ini menyambut Hari Raya Aidiladha esok. Menurut Pejabat Sheikul Islam Thailand, Aidiladha disambut pada 21 Julai memandangkan anak bulan Zulhijjah tidak kelihatan pada 10 Julai lalu. Bagaimanapun di kawasan-kawasan tertentu, sebilangan umat Islam Thailand telah menyambut Aidiladha pada hari ini. Dalam pada itu, pelaksanaan ibadah korban perlu dibuat dengan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan ...

BANGKOK- Thailand terus mencatatkan lonjakan kes positif COVID-19  apabila merekodkan 8685 kes harian pada hari ini. Menurut Kementerian Kesihatan Awam Thailand, kes positif itu direkodkan di seluruh Thailand termasuk di selatan negara itu. Secara kumulatif kes positif COVID-19, negara itu mencatatkan sebanyak 324 849 kes. Thailand mencatatkan 3797 kes sembuh harian pada hari ini manakala jumlah kumulatif kes sembuh sebanyak ...

NARATHIWAT- Sebanyak 28 laras senjata AK102 (gambar) hilang dari gedung simpanan kem tentera wilayah ini. Media melaporkan, kesemua senjata berkenaan dikesan hilang sejak 18 Mei lalu. Pasukan tentera dilaporkan sedang menjejaki semula senjata berkenaan. Sementara itu, pihak tentera menemui sebuah bom yang dipasang di sebuah kampung di Mukim Kok'sathong daerah Takbai di wilayah ini. Bahan letupan itu ditemui semalam itu ...

NARATHIWAT- Beberapa lelaki tempatan ditahan tentera dalam satu operasi pada 22 Mei lalu. Media tempatan melaporkan, tentera bertindak merampas telefon bimbit dan memeriksa akaun Facebook mereka. Difahamkan, kesemua akaun Facebook lelaki berkenaan telah dinyah aktif. Tidak dapat dikenal pasti punca sebenar operasi tersebut. Rentas7.com ...

PATANI- Masyarakat Islam di wilayah selatan Thailand meraikan Hari Raya Enam hari ini. Memetik media tempatan, Hari Raya Enam yang sudah menjadi budaya bagi masyarakat Muslim di sana dimulakan dengan aktiviti menziarahi kubur dan bergotong royong membersihkan kawasan perkuburan. Aktiviti ini boleh dikatakan dibuat di seluruh kampung di selatan Thailand. Penduduk kemudiannya akan menziarahi antara satu sama lain bagi mengeratkan ...

PATANI- Tiada solat sunat Aidilfitri di masjid di tiga wilayah selatan Thailand iaitu Narathiwat, Yala dan Patani. Langkah itu diambil pihak kerajaan dalam usaha mencegah penularan wabak COVID-19. Thailand berdepan peningkatan kes COVID-19 sejak kebelakangan ini, kematian membabitkan kanak-kanak dan golongan muda turut direkodkan. Umat Islam di tiga wilayah tersebut menunaikan solat sunat Aidilfitri di rumah masing-masing bersama keluarga. Ziarah ...

PATANI-Tiada solat sunat Aidilfitri di seluruh masjid dalam wilayah Narathiwat berikutan peningkatan kes COVID-19. Perkara itu diumumkan Majlis Agama Islam Wilayah Narathiwat. Umat Islam dalam wilayah berkenaan bagaimanapun boleh melakukan solat sunat Aidilfitri di rumah masing-masing. Dalam perkembangan berkaitan, pihak berkuasa turut menutup pintu masuk ke Wilayah Yala bermula jam 6 petang hingga 4 pagi. Arahan itu berkuat kuasa 8 ...