Thailand catat 8685 kes harian COVID-19

Thailand mencatatkan 8685 kes positif COVID-19 hari ini

BANGKOK– Thailand terus mencatatkan lonjakan kes positif COVID-19  apabila merekodkan 8685 kes harian pada hari ini.

Menurut Kementerian Kesihatan Awam Thailand, kes positif itu direkodkan di seluruh Thailand termasuk di selatan negara itu.

Secara kumulatif kes positif COVID-19, negara itu mencatatkan sebanyak 324 849 kes.

Thailand mencatatkan 3797 kes sembuh harian pada hari ini manakala jumlah kumulatif kes sembuh sebanyak 228,029 kes.

Sebanyak 2,753 kes kematian akibat pandemik di negara itu setakat ini.

Thailand negara di Asean hampir berjaya mengawal sepenuhnya penularan COVID-19 tahun lalu sedang berada dalam tempoh ‘lokcdown’ yang masuk hari kedua.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.