Faisal Halim mula sertai latihan skuad kebangsaan

Faisal Halim

KUALA LUMPUR– Pemain sayap lincah Terengganu FC, Faisal Halim menyertai kem latihan skuad kebangsaan di Kompleks Sukan PKNS Kelana, hari ini.

Memetik Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), selain Faisal Halim, kem latihan menghadapi Piala AFF Suzuki 2020 berbaki lapan hari lagi itu turut disertai penjaga gol Melaka United, Khairul Fahmi Che Mat.

Sementara itu, FAM mengesahkan penyerang PJ City, Darren Lok terpaksa digugurkan selepas mengalami kecederaan abdominal muscle strain.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.