YALA- Seorang guru sekolah Melayu di sini ditahan askar Thailand pada 1 Disember lalu. Ayit Dolah atau dikenali Cikgu Yah,45, ditahan di Mukim Thanto Daerah Thonto oleh sepasukan tentera yang datang bersama kira-kira lapan buah kenderaan dalam operasi itu. Ayit telah dibawa ke kem tentera di Mukim Wangpya Daerah Raman. RENTAS7   ...

PATANI - Tentera Thailand merampas senjata api dipercayai milik ahli kumpulan pejuang Melayu Patani pada 21 November lalu. Senjata berkenaan ditemui di kawasan Sawo Daerah Resak Wilayah Narathiwat selepas seorang lelaki, Amir Dortae yang ditangkap menunjukkan lokasi berkenaan kepada pihak berkuasa. Amir ditangkap pada 16 November lalu oleh tentera di Mukim Suwari Daerah Resak jam 3 petang. RENTAS7 ...

PATANI - Air parit segar dan berwarna hijau-kehijauan bagi kegunaan aktiviti pengairan sawah padi di Kampung Nakho Hilir di sini menjadi pilihan penduduk untuk bermandi-manda. Peluang itu tidak dilepaskan penduduk pada hari yang bercuaca panas. Paras air yang selamat membuatkan ada di antara ibu-bapa turut membawa anak-anak mereka bermandi-manda. Lebih mengasyikkan apabila mereka mandi ditemani dengan suasana pemandangan kereta api ...

PATANI - Jenazah Harun Abd Ghani diiringi ke tanah perkuburan bagaikan seorang perwira . Harun dikebumikan di Tanah perkuburan Islam Telok Delong Mukim Peta, semalam. Ratusan penduduk memberi penghormatan dengan mengiringi jenazahnya ke kawasan perkuburan untuk disemadikan. Syuhada berusia 25 tahun itu dilaporkan meninggal dunia di Hospital Wilayah Yala pada 4 November lalu selepas diserang COVID-19 di dalam penjara. Memetik ...

PATANI - Pondok Baba Haji Abdulllah Bangkrok menerima sumbangan membina masjid daripada kumpulan motosikal cross kelmarin. Sumbangan tunai disampaikan kumpulan berkenaan kepada mudir pondok, Haji Abdulllah Bangkrok di pondok berkenaan. Terdahulu, pihak pondok menerima kunjungan rombongan kumpulan motosikal cross. Pihak pondok mengucapkan terima kasih di atas sumbangan disalurkan. RENTAS7 ...

PATANI - Aksi militer terbaru di antara kumpulan pejuang kemerdekaan Patani dengan tentera Thailand berakhir dengan lapan terkorban. Dua di pihak tentera Thailand dan enam yang syahid adalah Melayu Patani. Meskipun media kerajaan menghebohkan ia pertempuran melawan pemisah, tapi ungkapan paling tepat bagi pertempuran itu adalah: tentera vs orang kampung. Ia satu pertempuran yang penuh tidak ketidakadilan dalam etika peperangan, ...

PATANI - Selatan Thai terus bergolak dengan beberapa siri pertempuran di antara pejuang kemerdekaan Patani dengan tentera Thailand. Bernama melaporkan empat termasuk dua anggota polis dan seorang tentera laut maut manakala empat cedera parah dalam kejadian semalam. Ketua Polis Narathiwat, Pol. Mej Jen Narin Busaman berkata, dua polis maut di tempat kejadian selepas terkena bom buatan tangan di Kampung Namwong. ...

PATANI - Pemuda Kampung Nakho Hilir tidak dapat menyembunyikan kegembiraan apabila menerima sumbangan peralatan sukan daripada media RENTAS7. Sumbangan dalam bentuk tunai itu dibuat baru-baru ini. Jurucakap Media RENTAS7 Wilayah Patani, Sofia Harun berkata, pihaknya tampil menyumbang tunai selepas mendapat tahu anak-anak muda di kampung berkenaan amat memerlukan kelengkapan sukan untuk pasukan bola mereka. Menurutnya, kewangan mereka bagaimanapun terhad untuk ...

NARATHIWAT- Seorang orang awam maut dan seorang lagi cedera dalam satu kes tembakan. Kes berlaku pada 15 Ogos lalu di Mukim Resak di sini pada jam 2.40 pagi menurut media tempatan. Tidak dapat dipastikan motif dan pihak bertanggungjawab dalam insiden berkenaan. RENTAS7/ Photo: T.I.N ...

SONGKHLA- sebahagian besar premis perniagaan di sini sudah mula dibenarkan beroperasi mulai hari ini. Langkah itu diambil kerajaan setelah mengambil kira pelbagai faktor seperti ekonomi, kadar jangkitan, vaksinasi dan sebagainya. Orang ramai masih perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Memetik Danok Times, antara dibenarkan beroperasi ialah pusat membeli belah, pasar, restoran, tukang gunting rambut, urutan kaki, pengangkutan domestik, perjalanan domestik ...