Tumpuan ramai di musim kemarau

Jepun bungkus awal bagi saingan kali ini dan merupakan sejarah terburuk mereka

BALING- Kejernihan Sungai Ketil serta keindahan alam di kaki Gunung Pulai di sini menarik kehadiran ramai pengunjung untuk berkelah.

Kampung Che Wan Jusoh dan Kampung Lubuk Pedati yang terletak di kaki pergunungan itu antara lokasi tumpuan ramai.

Wakil Penduduk Kampung Che Wan Jusoh, Mohd Sabri Mahmud berkata, kemeriahan itu dapat dilihat sepanjang Januari hingga April setiap tahun.

Orang dewasa dan kanak-kanak tidak melepaskan peluang mandi sungai

Katanya, Kampung Che Wan Jusoh bagaimanapun sudah menerima ramai pengunjung sejak Disember lalu ekoran musim kemarau yang tiba lebih awal.

“Sejak Disember sehingga sekarang, jumlah pemgunjung yang datang untuk berkelah meningkat terutamanya pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Setiap hari berkenaan, jumlah pengunjung melebihi 200 orang.

Mohd Sabri

“Selain penduduk kampung ini dan berdekatan, mereka yang datang berkunjung ke sini adalah orang daripada luar daerah Baling,”katanya.

Katanya, paras air sungai yang cetek sesuai untuk aktiviti mandi manda kerana lebih selamat.

Keindahan terdapat di Kampung Che Wan Jusoh menarik ramai untuk berkelah di sini

“Selain itu, pengunjung yang datang turut tidak melepaskan peluang untuk mendaki Gunung Pulai serta memasuki gua-gua yang ada di kampung ini,”katanya.

Berkelah di tepi sungai pastinya menambah selera anda

Antara gua –gua menarik boleh diterokai pengunjung ialah Gua Air, Gua Tembus, Gua Kambing, Gua Ikan, Gua Matahari dan lain-lain.

Persatuan sediakan kemudahan kepada pengunjung

Demi memastikan keselesaan pengunjung, Persatuan Penduduk Kampung Che Wan Jusoh (PPKCWJ) mengambil alternatif menyediakan kemudahan bilik salinan pakaian.

Kerusi dan meja disediakan persatuan kepada pengunjung

Melalui aktiviti gotong royong, pihak persatuan turut menyediakan kemudahan beberapa buah meja dan kerusi yang diperbuat daripada batang pokok.

Tambah Sabri, PPKCWJ berhasrat untuk memajukan kawasan berkenaan sebagai pusat pelancongan, namun mengharapkan kerjasama pelbagai pihak termasuk kerajaan negeri.

Mereka yang berminat mendapatkan khidmat persatuan bagi aktiviti meneroka gua, berkelah atau mendaki boleh menghubungi Sabri di talian 017-9468611.

 

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.