Bekas Exco UMNO sertai PUTRA

Mustaffa kanan menyerahkan cenderamata sebagai tanda penghargaan kepada Fadhil yang memilih PUTRA sebagai wadah perjuangan terbaru

ALOR SETAR– Mantan Exco Kedah, Datuk Fadhil Hanafi menyertai Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) pada khamis lalu.

Ketua Penyelaras PUTRA negeri Kedah, Datuk Mustaffa Idrus berkata, sejajar penyertaannya, Fadhil Hanafi turut dilantik sebagai Timbalan Penyelaras PUTRA Kedah, Ketua Penaja PUTRA Alor Setar serta Ahli Dewan Tertinggi Pusat.

“Kemasukan indvidu berpengalaman dan dihormati seperti beliau akan memperkukuhkan lagi PUTRA dalam menghadapi arus politik negara khususnya di Kedah,”katanya.

Mustaffa berkata, di Kedah, PUTRA terus berkembang sebagai satu parti politik yang baru.

“Kita mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada anak muda mahupun yang berusia.

“Saya juga yakin, Datuk Fadhil Hanafi mempunyai pengaruh tersendiri bagi menarik lebih ramai individu bersama PUTRA,”katanya.

Rentas7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.