Skuad B-19 “ditibai” lagi

Antara aksi perlawanan persahabatan petang tadi

KUALA LUMPUR– Skuad negara bawah 19 tahun (B-19) masih buntu mencari kemenangan apabila tewas 4-0 kepada Selangor 2 dalam perlawanan persahabatan kedua petang tadi.

Bermain di FAS Training Center, Shah Alam gawang skuad negara dirobek dua kali pada setiap babak.

Selangor 2 menghasilkan jaringan melalui T Saravanan minit ke-14 dan minit ke-46 dan Nazrin Nasir pada minit ke 69.

Minit ke-83 gawang anak buah Brad Maloney bocor lagi hasil jaringan Armin Maier.

Sebelum ini, skuad B-19 dibelasah 6-1 dalam perlawanan persahabatan bertemu pasukan Liga Super, PJ City FC.

Kedua ujianĀ itu sebagai persediaan menghadapi Kejuaraan B-19 AFC 2020 di Uzbekistan, Oktober ini.

Rentas7.com/Foto: FAM

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.