PUTRA Kedah sambut baik bertanding PRU-15

Datuk Mustaffa Idrus

SUNGAI PETANI– Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) Kedah menyambut baik keputusan kepimpinannya untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU)-15.

Ketua Penyelaras PUTRA cawangan Kedah, Datuk Mustaffa Idrus berkata, kehadiran PUTRA dalam kancah PRU amat ditunggu-tunggu penyokong parti itu.

“Kita menyambut baik kenyataan Presiden PUTRA, Datuk Dr Ibrahim Ali baru-baru ini yang menyatakan kesediaan bertanding dalam PRU15 tanpa memasuki mana-mana proksi,”katanya kepada Rentas7.com hari ini.

Mustaffa Idrus berkata, PUTRA kini mempunyai 106 bahagian di seluruh negara.

“Kita mempunyai jentera yang sedia digerakkan pada bila-bila masa sahaja bagi menghadapi PRU-15.

“Kita mengambil keputusan untuk tidak bersama dengan mana-mana parti untuk konteks keadaan semasa.

“Biarlah perjalanan PUTRA ditentukan mengikut keadaan yang sesuai. Kencederungan kita lebih kepada berkerjasama dengan parti Melayu,”katanya.

Pada 20 Jun, media melaporkan PUTRA sedia bertempur dalam PRU secara bersendirian.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.