Akibat bidas mufti, Jakim, mantan Exco Amanah diserang netizen secara berjemaah..

ALOR SETAR-Mantan Exco Agama Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh seperti hilang pertimbangan apabila membidas keputusan pihak berautoriti yang masih belum membenarkan solat Jumaat di Kedah kepada umum.

Ismail yang sebelum ini turut memegang portfolio kesihatan, pembangunan luar bandar dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) mengkritik keputusan berkenaan melalui halaman Facebook rasminya semalam.

“Amat mengecewakan di negara yang paling ramai mufti, pelbagai institusi agama wujud di setiap negeri, JAKIM dan Menteri Agama.

“Menteri Kerajaan pintu belakang pun ramai yang beragama Islam tidak mampu untuk membuat suatu SOP yang boleh membenarkan rakyat bersembahyang Jumaat,”katanya.

Beliau juga menyifatkan keputusan tidak membenarkan umat Islam solat selama 11 minggu di masjid sebagai satu sejarah hitam kepada Malaysia.

Kenyataan Ismail berkenaan bagaimanapun mendapat kecaman hebat daripada ribuan netizen yang berang dengan statusnya.

Lebih 7,400 komen netizen membidas Ismail

Tinjauan mendapati lebih 7,400 komen menghentam Ismail secara “berjemaah”.

Abdul Rashid Abdul menulis:’ Kenapa fikiran sampai begini rupa Dato? Semoga petunjuk dan hidayah untuk kita semua’.

Antara serangan netizen terhadap Ismail

Adrie Awong pula berkata: ‘macamni je ke tahap pemikiran doktor?alahai.Memalukan doktor beli ke ape?’.

Pengguna Facebook bernama Muhammad Syarafi turut menegur kenyataan mantan Exco negeri Kedah itu.

Komen netizen yang marah terhadap mantan Exco Agama Kedah

“Susah la kalau semua benda nak dipolitikkan YB. Ada sebabnya kenapa masjid masih belum dibuka sepenuhnya kepada orang awam untuk solat jumaat,”katanya.

Lagi komen netizen di ruang komen Facebook Ismail

“Kalau orang yang kurang ilmunya bercakap melalut boleh diterima lagi sebab cetek ilmunya. Kalau orang yang berilmu tapi cakap melalut sahih-sahih Allah dah tarik nikmat kecerdikannya,” komen Mohammat Wazir.

Seorang lagi netizen bernama Musa Mohammad menulis: “YB PAN mana ada cerdik”.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.