Sikap pemimpin PH akan jejaskan ekonomi negara lebih buruk

Mustaffa Idrus

SUNGAI PETANI- Krisis politik ditimbulkan Pakatan Harapan (PH) akan menyebabkan banyak pelabur luar “angkat kaki”.

Pengerusi Persatuan Angkatan Melayu Negeri Kedah (PAMM), Datuk Mustaffa Idrus berkata, usaha menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) oleh PH hanya akan menakutkan pelabur.

“Negara merekodkan sejarah apabila kerajaan dibentuk hanya bertahan selama 22 bulan.

“Apabila diganti dengan lebih baik, bekas pemimpin kerajaan lama mahu menggulingkan kerajaan baru. Jika ini berterusan pelabur mana yang berani melabur di sini?,”katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Mustaffa berkata, kehendak nafsu pemimpin PH yang dibantu DAP menjatuhkan kerajaan membuktikan masalah rakyat bukan menjadi keutamaan mereka.

“Kerajaan mereka jatuh kerana masalah dalaman sendiri, kini mahu merosakkan kerajaan yang baru dibina demi kepentingan diri, anak beranak dan kroni.

“PAMM menasihati PH supaya tunggulah sehingga PRU-15. Tolonglah prihatin dengan masalah ekonomi rakyat dan negara. Jangan jadi pengkhianat kepada rakyat dan negara ini!,”katanya.

Tambahnya, kepimpinan PH dinasihati menghormati nasihat Yang di-Pertuan Agong dalam titah Diraja pada pembukaan penggal ketiga Parlimen yang ke-14 baru-baru ini.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.