PATANI -Tiga wilayah di selatan Thailand ( Patani, Yala dan Narathiwat) tidak pernah aman walaupun seketika. Hampir setiap hari curahan darah tersimbah di atas tanah yang jadi pertikaian. Di sebalik pergolakan, bisnes kopi tumbuh subur di kebanyakan tempat, khususnya di persisiran pantai dalam tiga wilayah. Aromanya harum, rasanya pahit, bercampur kemanisan kopi di hujung lidah melambangkan kecekalan hidup menunggu ...
KUALA LUMPUR -Skuad kebangsaan melonjak lima anak tangga dalam ranking terbaharu FIFA, memintas seteru utama Indonesia dan kini menghampiri musuh tradisi, Vietnam. Tapi di sebalik kegembiraan itu, badai besar sedang membayangi bola sepak negara. Beberapa aduan rasmi didakwa telah dikemukakan oleh Vietnam dan Nepal kepada FIFA, seperti dilaporkan media serantau, berhubung status tujuh pemain warisan yang mewakili Malaysia. Aduan itu ...
SUNGAI PETANI-Pengerusi Persatuan Angkatan Melayu (PAMM) Kedah, Dato’ Mustafa Idrus, menegaskan ibu bapa perlu menilai semula tanggungjawab mereka dalam mendidik anak-anak sebelum menuding jari kepada pihak sekolah apabila berlaku pelbagai masalah sosial dalam kalangan remaja. Beliau berkata, banyak kes salah laku seperti pergaduhan, samseng, jenayah kecil, dan gejala sumbang mahram berpunca daripada kegagalan ibu bapa memberikan perhatian serta kasih sayang ...
KUALA LUMPUR- Setelah mengharungi empat perlawanan, skuad Nepal berada di kedudukan tercorot Kumpulan F Kelayakan Piala Asia. Pasukan ini bagaimanapun sebenarnya sangat liat untuk ditumbangkan meskipun belum berjaya mengumpul sebarang mata. Malaysia bergelut untuk menang 2-0 ke atas Nepal pada pertemuan pertama di Stadium Sultan Ibrahim, manakala Vietnam di gelanggang sendiri semalam hampir dimalukan sebelum menang tipis 1-0 ke ...
SEREMBAN- Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan BARA Malaysia yang berlangsung di Hotel Sutera, Seremban Dua pada 11 Oktober lalu menyaksikan pemilihan semula barisan kepimpinan tertinggi pertubuhan tersebut bagi penggal baharu. Dalam pemilihan yang diadakan secara tertib dan demokratik itu, Dato’ Mustaffa Idrus berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai Naib Presiden BARA Malaysia setelah mendapat kepercayaan penuh daripada para perwakilan. Menurut Dato’ Mustaffa dalam ...
KUALA LUMPUR- Malaysia mencipta kemenangan sensasi apabila menewaskan tuan rumah Laos 3-0 dalam saingan Kumpulan F di Stadium Nasional New Laos, Vientiane, malam tadi. Jaringan dua pemain tempatan, Arif Aiman dan Faisal Halim termasuk pemain warisan yang mempunyai susur jalur jelas dan sah, Dion Coll membenam cabaran Laos yang berhajat membenam skuad kebangsaan di tempat sendiri. Kemenangan itu meletakkan ...
KUALA LUMPUR- Malaysia bakal turun tanpa tujuh pemain yang terpalit skandal kewarganegaraan apabila melayani cabaran tuan rumah Laos yang sedia membuat kejutan ke atas skuad negara. Aksi kedua-dua pasukan dalam Kumpulan F Kelayakan Piala Asia di Stadium New Laos, Vientiane malam ini menjadi tumpuan seluruh dunia selepas persatuan bola sepak Malaysia (FAM) dikantoikan FIFA memalsukan dokumen pemain. Berbekalkan barisan skuad ...
KUALA LUMPUR- Rejim Israel yang terkenal dengan sikap penakut berdepan H telah menurunkan pasukan komando elit dikenali Shayetet 13 dalam operasi menahan kapal-kapal Sumud Flotilla di perairan antarabangsa Serangan yang berlaku awal pagi tadi menyaksikan para sukarelawan ditahan secara paksa sekaligus melanggar undang-undang antarabangsa. Namun persoalan besar timbul, layakkah mereka digelar pasukan elit? Hakikatnya, tindakan menyerang sukarelawan tidak bersenjata yang ...
YAN– Yang Berbahagia Dato’ Muhamad Mustaffa bin Idrus menerima pengiktirafan antarabangsa apabila dianugerahkan Darjah Akademia Doktor Kehormat Persilatan oleh Akademi Persilatan Sedunia (APS), kelmarin. Menurut kenyataan APS, penganugerahan itu diberikan selepas pihak Senat Akademi meneliti pencapaian serta sumbangan beliau dalam bidang kesenian, budaya dan warisan bangsa, khususnya dalam usaha memartabatkan persilatan Melayu di peringkat global. Dengan penganugerahan tersebut, Dato’ Muhamad ...












