PATANI -Tiga wilayah di selatan Thailand ( Patani, Yala dan Narathiwat) tidak pernah aman walaupun seketika.
Hampir setiap hari curahan darah tersimbah di atas tanah yang jadi pertikaian.
Di sebalik pergolakan, bisnes kopi tumbuh subur di kebanyakan tempat, khususnya di persisiran pantai dalam tiga wilayah.
Aromanya harum, rasanya pahit, bercampur kemanisan kopi di hujung lidah melambangkan kecekalan hidup menunggu kedamaian yang belum tiba.
Bisnes kopi yang bangkit dengan pelbagai jenama sendiri tidak hanya menjana ekonomi penduduk, tetapi menghidupkan industri pelancongan setempat.
Kebanyakan bisnes ini diusahakan oleh para pemuda, dengan modal kecil, mereka membina warung serba ringkas di tepi pantai.
Hiasannya indah seperti cafe kecil, sekaligus jadi daya penarik pengunjung.
Biarpun persisiran pantai Patani sendiri tidaklah terlepas daripada konflik, menghirup secawan kopi sejuk atau panas di tepi pantai dapat melupakan ketakutan penduduk dari bayang-bayang bom dan senjata api walaupun hanya sejenak.
RENTAS7








Leave a Reply