ATM gagalkan penyeludupan rokok haram bernilai RM442,200.00

Sebanyak 2,948 karton rokok haram berjaya dirampas ATM

KOTA TINGGI– Sebanyak 2,948 karton rokok haram bernilai RM442,200.00 yang cuba diseludup dari Indonesia ke negara dirampas Angkatan Tentera Malaysia (ATM), semalam.

Rampasan dibuat Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Devisyen) dalam sektor Op Benteng kawasan Infantri Malaysia (7 Briged) di Punggai dan Batu Layar.

Sel Perhubungan Raya, Divisyen Ketiga Infantri Malaysia dalam kenyataan berkata, rampasan tersebut adalah hasil rondaan di kawasan tersebut.

Menurutnya, rondaan itu membawa kepada penemuan longgokkan rokok seludup yang dilitupi oleh kanvas di sebuah lorong.

” Hasil pemeriksaan, sejumlah 50 bungkusan plastik hitam mengandungi pelbagai jenis rokok seludup pelbagai jenama telah ditemui dan hasil penggeledahan serta penjejakan yang dilakukan oleh Tim Quick Reaction Force (QRF) ke lokasi berkenaan turut menjumpai dua longgokkan lagi yang terletak kira-kira 100 Meter dari longgokkan pertama,”katanya.

Kenyataan berkata, kesemua kartun-kartun rokok haram tersebut dianggarkan bernilai RM 442,200.00 di bawa masuk dari Indonesia secara haram dan disimpan di kawasan berkenaan sebelum diedarkan ke pasaran Malaysia.

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.