Dua kapal langgar syarat sah lesen ditahan

Salah satu kapal yang ditahan PPM

LABUAN-Dua buah kapal nelayan pukat tunda yang melanggar syarat sah lesen menangkap ikan di tahan dalam Op Benteng COVID-19 Pasukan Polis Marin (PPM) semalam.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM WP Labuan, Asisten Superintendan Saidul Maruf Rosli berkata, dua buah kapal itu ditahan di di kawasan laut Tanjung Kubung, Labuan pada jam 4.30 petang oleh bot PPM yang sedang melakukan rondaan.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati dua kapal tunda tersebut dikendalikan juragan warga Indonesia yang memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

“Walau bagaimanapun hasil pemeriksaan lanjut mendapati kedua-dua kapal tunda berkenaan telah melanggar syarat sah lesen dengan menangkap ikan menggunakan koroncong mata pukat kurang 38 milimeter (mm).

“Dua kapal tunda tersebut diiring ke Pangkalan Markas Operasi PPM Labuan untuk tindakan selanjutnya,”katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, PPM merampas dua
gulung pukat tunda, empatgulung tali pukat, empat unit pemberat papan dan lebih kurang 3000kg ikan pelbagai jenis dirampas dengan anggaran nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM80,000.

“Aset PPM sentiasa digerakkan bagi tujuan rondaan untuk memastikan segala bentuk pelanggaran undang-undang di lautan dapat dibanteras”katanya.

Kes dirujuk kepada Jabatan Perikanan dan disiasat mengikut Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985.

Rentas7.com

 

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.