Padah tangkap ikan di perairan Malaysia

Bot dari Indonesia ini cuba menangkap ikan dalam perairan negara

LUMUT– Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Negeri Perak menahan sebuah bot Indonesia selepas menceroboh perairan negara bagi aktiviti menangkap ikan.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, bot berkenaan ditahan di kedudukan 32.1 batu nautika barat laut Pulau Jarak, pagi tadi.

“Bot tersebut dinaiki empat kru termasuk tekong warga Indonesia berusia 20 hingga 60 tahun.

“Bot berkenaan dikesan oleh Kapal Maritim Gagah menerusi Op Benteng sefel mereka menceroboh perairan Malaysia bagi aktiviti menangkap ikan,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, bot dan kru telah ditahan untuk disiasat di bawah seksyen 15(1) (A) Akta Perikanan 1985 iaitu menangkap ikan di perairan Malaysia tanpa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan Malaysia serta sekyen 6 (1) (A) Akta Imigresen 1959/63 kerana memasuki Malaysia tanpa permit masuk yang sah dan seksyen 6 (1) (C) kerana memasuki Malaysia tanpa memiliki dokumen yang sah.

Rentas7.com/ Foto: APMM

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.