KUALA LUMPUR- Menteri Kanan (Keselamatan) merangkap Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memamahi perasaan rakyat terhadap peningkatan COVID-19 di negara ini. Beliau yang mesra membahasakan diri sebagai Pak Long menegaskan sedang melakukan yang terbaik demi rakyat dan negara. "Ya, Pak Long tahu rakyat gelisah, sedih dan marah. "Namun ketahui lah Pak Long sedang melakukan sedaya upaya Pak Long untuk ...
BALING- Seorang anak menangguh pengajian selama setahun demi menjaga ayah yang sakit terlantar akibat strok. Muhd Azizi Mohamed Zulkifli, 23, dari Kampung Banggol Berangan berkata, dia terpaksa menangguh pengajian di sebuah pondok di Kelantan. Menurutnya, tanggungjawab itu dipikul selepas ibu Nurul Atikah Chooi Abdulllah,43,dan abangnya mengambil alih tugas ayah bagi menyara keluarga dengan menjual ikan. "Ayah (Mohamed Zulkifli Mohammed Daud ...
KUALA LUMPUR-Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump (gambar) dan isterinya, Melania sah dijangkiti COVID-19. Media antarabangsa hari ini melaporkan, ujian saringan mengesahkan mereka positif. Memetik China Xinhua news, Presiden Amerika Syarikat dan isterinya merupakan kontak rapat kepada salah seorang pembantu yang positif. Trump bagaimanapun dilaporkan masih sihat dan dapat menjalankan tugasnya seperti biasa semasa dikurantin. Rentas7.com ...
KUALA LUMPUR-Sebuah syarikat penapis air menjadi bahan kecaman ramai selepas gambar "team building" yang campurkan peserta lelaki dan wanita tular hari ini. Melalui sekeping foto yang dimuat naik di Facebook, peserta lelaki dilihat mendukung peserta wanita. Difahamkan, peserta terlibat telah pun berkahwin dan beragama Islam dan kejadian berlaku di negara ini. Netizen mengunakan nama Facebook Kim Green mendakwa lelaki yang ...
SUNGAI PETANI- Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) negeri Kedah berharap Ahli Parlimen UMNO-BN mementingkan rakyat dan bukannya pentingkan "perut". Ketua Penyelarasnya, Datuk Mustaffa Idrus berkata, situasi politik terkini memungkinkan dua keadaan. Pertama katanya, kerajaan baru mungkin terbentuk hasil peralihan sokongan Ahli Parlimen Umno-BN kepada Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kemungkinan kedua ialah Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 diadakan ...
ALOR SETAR- Sebanyak 98 kes positif COVID-19 dicatatkan di Kedah hari ini dengan bukan warganegara menjadi penyumbang tertinggi kes baru. Menurut Jabatan Kesihatan Negeri Kedah, daripada jumlah itu, Kedah mencatatkan 88 Kluster Tembok. Sebanyak 53 kes daripada Kluster Tembok dikesan daripada bukan warganegara. Selebihnya kes dikesan daripada lima kontak rapat, Kluster Bah Ketil (3 kes) saringan bergejala (1) dan saringan ...
KUALA LUMPUR- Seramai 110 pendatang asing tanpa izin (Pati) atas pelbagai kesalahan ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam empat siri operasi bermula 13 Ogos hingga hari ini. Ketua Pengarah JIM, Dato' Indera Khairul Dzaimee Daud berkata, kesemua warga asing itu ditahan menerusi "Op Durian" di tiga kilang memproses durian dan 11 kebun durian sekitar Raub, Pahang. Menurutnya, 94 orang yang ...
KUALA LUMPUR- Kerajaan negeri Sabah yang baharu akan mempercepatkan pembinaan Lebuhraya Pan Borneo selepas "ketinggalan" berbanding Sarawak. Timbalan Ketua Menteri 1 yang juga Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin (gambar) berkata, pelaksanaan projek lebuh raya berkenaan di Sabah hanyalah 20 peratus berbanding Sarawak yang telah 50 peratus siap. "Kita sudah tertinggal berbanding Sarawak yang sudah melaksanakan projek ...
ALOR SETAR- Kedah mencatatkan satu kes positif COVID-19 hari ini. Menurut Jabatan Kesihatan Negeri Kedah, kes baru itu dikesan dalam daerah Baling. Difahamkan, lelaki berkenaan pernah mengunjungi Sabah sebelum ini. Berikutan peningkatan kes COVID-19 di Sabah, kerajaan telah mewajibkan semua individu yang pulang dari negeri itu menjalani ujian saringan COVID-19 bermula 27 September hingga 10 Oktober depan. Rentas7.com ...
BANGI – Dr. Muhd Noor Muhd Yunus dipilih sebagai Presiden Persatuan Saintis Penyelidik yang baharu menggantikan Dr. Wan Manshol Wan Zin mulai 25 September 2020 di Mesyuarat Agung Tahunan yang telah diadakan di Bangi Golf Resort, Bangi semalam Dr Muhd Noor pernah berkhidmat di Agensi Nuklear Malaysia lebih daripada 30 tahun sebagai Timbalan Ketua Pengarah Program Penyelidikan dan Pembangunan (R&D), ...













