ALOR SETAR- Kedah mencatat tujuh kes positif COVID-19 hari ini melibatkan tiga daerah. Jabatan Kesihatan Negeri Kedah memaklumkan, lima kes dicatatkan di Kota Setar dan satu kes masing-masing di Baling dan Kuala Muda. Menurut info grafik jabatan tersebut, Kota Setar mencatatkan 433 kes aktif, diikuti Baling dengan 26 kes aktif dan 21 kes aktif di Sungai Petani. Sementara itu Kementerian ...
BALING- Seorang anak mengorbankan masa depannya apabila memilih untuk menjaga ibu yang terlantar sakit di rumah sepenuh masa. Ketika kebanyakan pemuda sepertinya memilih untuk mencari rezeki di bandar, Mohd Ayub Musa, 34, memilih kebahagiaan sendiri dengan berbakti kepada Wayah Md Arip, 79. Dua beranak ini tinggal di Kampung Charok Kangar. Mohd Ayob berkata, ibunya lumpuh sejak dua tahun lalu. "Ayah ...
PATANI- Kempen mendesak pengunduran Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-cha yang digerakkan di Bangkok kini meluas hingga ke selatan Thailand. Di bandar Patani, seramai 300 mahasiswa Universiti Princess of Songhla berkumpul secara aman bagi mendesak Prayut untuk meletakkan jawatan. Mereka berhimpun di hadapan bangunan Fakulti Sains Politik hari ini. Menurut wakil mahasiswa, demontrasi lebih besar di Patani akan diadakan sekiranya desakan ...
KUALA LUMPUR- Wartawan terkejut apabila namanya terpalit dengan penyebaran berita palsu oleh pihak tidak bertanggungjawab. Berita bertajuk "Larangan rentas negeri dari Melaka mulai esok" beserta nama pemberita Saadiah Ismail dan email wartawan terbabit tular di media sosial hari ini. Saadiah Ismail yang berkhidmat sebagai wartawan Berita Harian berkata, dia menerima banyak pertanyaan ramai bagi mendapatkan penjelasan berhubung berita tersebut. "Allahu..saya ...
PUTRAJAYA – Jabatan Alam Sekitar (JAS) ingin merujuk kepada isu pencemaran air berwarna hitam dan berbau yang didakwa oleh penduduk Taman Bakti, Sungai Manggis, Banting dan Persatuan Tindakan Alam Sekitar Kuala Langat yang telah disiarkan menerusi liputan Buletin Utama TV3 pada hari Ahad 18 Oktober 2020. Laporan tersebut turut mengaitkan sebuah kilang memproses kertas terpakai di Mahkota Industrial Park, Banting ...
BANGKOK- Kerajaan Thailand didakwa menyekat kebebasan media apabila mengancam untuk memblok liputan yang berpihak kepada peserta demonstrasi. Ancaman itu dibuat Polis Thailand di tengah-tengah bahang demontrasi mengusir Perdana Menteri, Prayut Chan-o-cha meletakkan jawatan. Kompas memetik Bangkok Post melaporkan, media yang akan disekat ialah Voice TV, Parachathai.com, The Reporters, The Standard dan laman Facebook Freeyouth. Susulan ancaman itu, pengikut gerakan The ...
KUALA LUMPUR- Hospital Medan Tawau yang akan digunakan bagi merawat pesakit bukan daripada kes COVID-19 akan memulakan operasinya. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, hospital berkenaan dijangka beroperasi pada 20 Oktober 2020 dan kini dalam fasa terakhir penyediaan. "Terletak di dalam Dewan Kompleks Sukan Tawau, 5.8km dari Hospital Tawau, hospital ini disediakan untuk rawatan pesakit bukan ...
KUALA LUMPUR- Foto bayi baru lahir menarik pelitup muka seorang doktor menjadi momen indah buat Doktor Samer Cheaib, Emiriah Arab Bersatu. Menurut Doktor Samer, momen itu berlaku ketika beliau sedang menggendong bayi tersebut di sebuah klinik di Dubai. Liputan6 memetik Gulf News pada semalam melaporkan ia adalah bayi kembar yang dilahirkan beberapa minggu lalu. Kata doktor itu, ayah kepada bayi ...
ACEH-Lelaki yang memperkosa seorang ibu sebelum membunuh anak wanita berkenaan disahkan meninggal dunia dalam penjara. Memetik Kompas, lelaki dikenali Samsul ,41, meninggal dunia dalam penjara hari ini. Menurut polis Indonesia, lelaki tersebut meninggal dunia akibat sesak nafas pada Sabtu. Lelaki mengadu sesak nafas dengan suhu badannya ialah 3.67 darjah celcius dan sempat diberikan rawatan di sebuah hospital di Langsa. Jenazah ...
KUALA LUMPUR- Lelaki yang menghina kedudukan Raja-raja Melayu dan mempertikai hak keistimewaan orang Melayu diletakkan dalam senarai dikehendaki oleh polis. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM, Datuk Huzir Mohamed berkata, Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) telah memulakan siasatan ke atas rakaman berdurasi satu minit 33 saat yang mempunyai kencederungan menghasut. Menurutnya, lelaki berusia 38 tahun, alamat terakhirnya ialah Jalan Tan Sri ...













