Kempen anti Prayut meluas hingga Patani

PATANI– Kempen mendesak pengunduran Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-cha yang digerakkan di Bangkok kini meluas hingga ke selatan Thailand.

Di bandar Patani, seramai 300 mahasiswa Universiti Princess of Songhla berkumpul secara aman bagi mendesak Prayut untuk meletakkan jawatan.

Mereka berhimpun di hadapan bangunan Fakulti Sains Politik hari ini.

Menurut wakil mahasiswa, demontrasi lebih besar di Patani akan diadakan sekiranya desakan tersebut tidak ditunaikan.

Thairath melaporkan, kumpulan mahasiswa Patani itu turut mendesak pindaan Perlembagaan yang digubal junta tentera pada 2017.

Tegas Kumpulan pelajar itu, mereka tidak dipergunakan oleh mana-mana pihak untuk mengadakan perhimpunan itu.

Mereka turut mengangkat tangan dengan simbol tiga jari sebagai simbol gerakan demokrasi selain bersorak menuntut Prayut berundur.

Protes anti Prayut dan pentabirannya digerakkan oleh golongan muda bermula sejak pertengahan Julai lalu.

Antara desakan sssetengah kumpulan ialah mendesak reformasi terhadap monarki yang dilihat kaya dan sangat berkuasa.

Rentas7/ foto: Thairath

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.