Bomba cari lelaki dikhuatiri lemas hari kedua

Bomba meneruskan operasi menyelamat pada hari kedua

KUCHING– Bomba meneruskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) lelaki yang dikhuatiri lemas pada hari kedua.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Petra Jaya berkata, mangsa berusia 59 tahun di percayai hilang ketika menghantar bot dari Pengkalan Sungai Berdaun ke Lundu.

“Setakat ini pihak penyelamat menemui bot mangsa dalam keadaan terbalik di pesisir pantai berdekatan dengan Kelab Golf Damai,”katanya hari ini.

Menurutnya, turut di jumpai barangan peribadi mangsa seperti dompet dan telefon bimbit.

“Operasi SAR turut melibatkan Unit Special Tactical Operation and Rescue Team of Malaysia (STORM) serta dua ekor anjing dari Unit Anjing Pengesan (K9) PDRM bagi pencarian di darat,”katanya.

Operasi turut disertai Maritim, Polis, Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), dan lain-lain.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.