Rogol ibu dan bunuh anak, lelaki tiba-tiba mati dalam penjara

Samsul

ACEH-Lelaki yang memperkosa seorang ibu sebelum membunuh anak wanita berkenaan disahkan meninggal dunia dalam penjara.

Memetik Kompas, lelaki dikenali Samsul ,41, meninggal dunia dalam penjara hari ini.

Menurut polis Indonesia, lelaki tersebut meninggal dunia akibat sesak nafas pada Sabtu.

Lelaki mengadu sesak nafas dengan suhu badannya ialah 3.67 darjah celcius dan sempat diberikan rawatan di sebuah hospital di Langsa.

Jenazah lelaki itu telah diserahkan kepada keluarganya untuk dikebumikan.

Samsul terlibat dengan pembunuhan kejam di Aceh Timur pada 10 Oktober lalu.

Dalam kejadian itu, lelaki berkenaan menceroboh rumah tiga beranak sebelum memperkosa seorang ibu muda berusia 28 tahun pada waktu malam.

Ketika kejadian si suami dilaporkan keluar untuk mencari ikan di sungai.

Tindakan lelaki berkenaan dihalang anak lelaki pasangan berkenaan yang berusia sembilan tahun.

Pergelutan si anak berakhir di dibunuh depan ibunya.

Mayat kanak-kanak berkenaan kemudian dibuang di Sungai Desa Alue Gadeng, Kacamatan Biren Bayuen Aceh Timur.

Penjenayah ditangkap kurang 24 jam dari tempoh kejadian.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.