KUALA LUMPUR - Penerbangan ehsan pesawat A400M menghantar tiga bayi dari Kota Kinabalu ke Pengkalan Udara Subang Kuala Lumpur bagi menjalani pembedahan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) hari ini. Pesawat tersebut berlepas dari Kota Kinabalu pada jam 1.09 petang dan tiba di Pangkalan Udara Subang pada jam 6.10 petang. Bayi-bayi berkenaan disambut pasukan petugas yang telah sedia menunggu ketibaan ...
LANGKAWI- Mayat wanita sarat mengandung ditemukan terbelit pada tali sebuah bot karam tanpa nombor pendaftaran. Mayat belum dikenal pasti identiti itu ditemukan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) itu di kedudukan lebih kurang 0.1 batu nautika utara muara Kubang Badak semalam. Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim, Mohd Zawawi Abdulllah berkata, Bot Petir 81 dari Ibu Pejabat Maritim ...
KLANG- Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor dan Majlis Perbandaran Klang (MPK) telah menyerbu sebuah premis yang didapati menjalankan aktiviti mencuci tong-tong terpakai secara haram di Jalan Telok Gong, Pelabuhan Klang, hari ini. Pengarah JAS Selangor, Nor Aziah Jaafar berkata, aktiviti di premis tersebut didapati menjadi punca kepada pembentukan buih berwarna putih di dalam parit di sekitar kawasan perumahan Taman Ubudiah. ...
MIRI- Seekor buaya yang sepanjang 4.27 meter berjaya ditangkap Balai Bomba Penyelamat (BBP) Batu Niah petang tadi. Haiwan dengan lebar 0.30 meter itu ditemui tersangkut pada jerat dalam parit di jalan Persisir Pantai Bintulu-Miri. Pasukan bomba bergegas ke lokasi setelah menerima panggilan pada jam 3.20 petang. Pasukan bomba berjaya menarik reptilia itu ke darat dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SPC) ...
TAWAU- Dua lelaki termasuk seorang remaja yang cuba menyeludup barang di Serudong ditahan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Kedua-dua pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia itu berusia 17 dan 37 tahun. Sel Perhubungan Raya, Divisyen Kelima Infantri Malaysia dalam kenyataan berkata, mereka ditahan dalam sektor Op Benteng kawasan tanggungjawab Briged Kelima Infrantri Malaysia (5 Briged) pada lewat petang semalam. "Kehadiran PATI ...
KUALA LUMPUR- Pucuk pimpinan UMNO, PAS dan Bersatu mencapai kata sepakat apabila bersetuju untuk membentuk kerajaan baru Perak secara bersama. Menerusi kenyataan bersama tiga setiausaha agung parti itu, Presiden Bersatu, Presiden, Pengerusi Barisan Nasional bersama setiausaha agung tiga parti berkenaan telah menmgadakan perbincangan bersama hari ini. “Dalam perbincangan ini, Pengerusi Barisan Nasional telah menyampaikan pernyataan maaf bagi pihak ADUN-ADUN BN ...
KUALA LUMPUR – Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin hari ini melancarkan dua inisiatif nasional iaitu Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021-2030 serta Rangka Kerja 10-10 Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MySTIE). Melalui kedua-dua inisiatif ini, peranan sains, teknologi dan inovasi (STI) negara akan dilonjakkan lagi dalam pertumbuhan ekonomi bagi mencapai matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara ...
TAWAU- Seorang wanita Indonesia cuba menyeludup masuk barang bernilai puluhan ribu ringgit ke Sabah, semalam. Bagaimanapun, cubaan itu berjaya dipatahkan oleh polis pasukan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM). Ia membabitkan 20 kotak gula merah Indonesia, sekotak kotak perikuk kukus, 12 buah kuali kawah, enam kotak kuali aluminium, satu karung penyapu dan pelbagai barangan lain. Komander ESSCOM DCP Datuk ...
KUALA LUMPUR-Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) memutuskan untuk mengambil alih kerajaan dengan menyegerakan usul undi tidak percaya dalam Dewan Rakyat. Kenyataan bersama pemimpin PKR, Amanah dan DAP, memberikan alasan penurunan penarafan Malaysia dari AAA- ke BBB+ pada 4 Disember oleh Fitch Ratings sebagai sebab kerajaan perlu ditukar. "Ini adalah satu tamparan hebat buat Kerajaan, khususnya Menteri Kewangan,"kata kenyataan itu hari ...
PUTRAJAYA- Pandemik COVID-19 memberikan kesan teruk kepada sektor pelancongan negara. Tourism Malaysia dalam kenyataan berkata, Malaysia terus merekodkan pertumbuhan negatif bagi prestasi pelancongan negara secara keseluruhan akibat wabak tersebut. "Bagi tempoh Januari hingga September 2020, Malaysia menerima ketibaan seramai 4,299,419 pelancong antarabangsa berbanding dengan 20.1 juta pelancong bagi tempoh sama pada tahun 2019, iaitu penurunan sebanyak 78.6%. "Dari segi perbelanjaan ...













