SUNGAI PETANI- Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) menuntut Syed Saddiq Abd Rahman memohon maaf kepada semua anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis apabila mengeluarkan kenyataan "membela" komunis. Ketua Penyelaras PUTRA Kedah, Datuk Mustaffa Idrus berkata, bekas menteri Belia dan Sukan itu dalam satu portal berita sanggup mempertahankan pemimpin DAP dan menganggap sentimen komunis hanyalah sebagai momokan Melayu, karya fiksyen ...

KUALA LUMPUR-Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyifatkan Lim Guan Eng sebagai seorang pejuang. Menurutnya, bekas Menteri Kewangan itu bersedia untuk berusaha memastikan bahawa keadilan bukan hanya didengar sebagai slogan, tetapi dilihat berfungsi. "Dia boleh hanya diam dan menikmati kuasanya sebagai seorang wakil rakyat, tetapi dia memilih untuk berjuang. "Dia pernah dihumbankan ke penjara semata-mata kerana ...

PATANI-Angka korban pertempuran di Moo 2, Kolam, daerah Yarang membabitkan kumpulan Melayu Patani dengan tentera Thailand meningkat kepada lima orang. Media tempatan melaporkan, pertempuran sengit itu berlaku selama dua hari iaitu pada 14 dan 15 Ogos. Media tempatan menyebut, 1,000 anggota tentera dikerahkan dalam operasi berkenaan yang menyaksikan markas kumpulan terbabit dikepung. Mangsa maut dikenali Masyuki Sarumoh, Anwar Kolae, Ahmad ...

ALOR SETAR- Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) dituntut patuh sepenuhnya pada operasi standard prosedur (SOP) bagi mengelakkan penularan wabak COVID-19. EXCO Perumahan, Alam Sekitar, Perpaduan, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Siam Negeri Kedah, Dr Robert Ling Kui Ee berkata, kerajaan negeri memberikan perhatian serius terhadap pengoperasian RIBI dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Menurutnya, pemantauan berterusan terhadap 65 RIBI ...

KUALA LUMPUR-Orang ramai dinasihati berwaspada dengan pengambilan pil berwarna kuning dan oren yang kononnya vitamin untuk menambahkan berat badan. Menurut Public Health Malaysia, produk pil berwarna oren dan kuning ini bukanlah vitamin atau "ubat gemuk" sebaliknya sejenis steroid. Kenyataan berkata, pil berkenaan banyak dijual di Facebook dengan harga promosi. "Hati hati, produk ini bukan vitamin, ia mengandungi dexamethasone iaitu sejenis ...

PENGKALAN HULU- Suami kepada anggota polis yang bertugas di Balai Polis Pengkalan Hulu di sini disahkan positif COVID-19. Ketua Polis Daerah Pengkalan Hulu, Deputi Superintenden Zulkepli Ibrahim berkata, lelaki berkenaan berusia 36 tahun dari Taman Orkid Kuala Ketil. Menurutnya, anggota polis berpangkat konstabel itu disahkan sedang hamil lapan bulan. "Suami anggota polis berkenaan itu telah hadir ke ujian saringan awal ...

PATANI- Dua anggota Runda Kumpulan Kecil (RKK) maut dalam satu pertempuran sengit dengan askar Thailand hari ini. Pertempuran berlaku di kawasan Moo 2, Kolam, daerah Yarang jam 10.00 pagi waktu tempatan. Pertempuran dilaporkan berlaku di sekitar kem RKK selepas sekumpulan anggota terbabit dikepung. Memetik Wartani, salah seorang mangsa yang maut dipercayai komandan kepada kumpulan itu. Mangsa maut dikenali Ma'sukri Sarumoh ...

KUPANG-Imam Masjid Ehsaniah Pekan Kupang hari ini membaca doa Qunut Nazilah dalam solat Jumaat bagi memohon bantuan ALLAH daripada wabak COVID-19. Doa itu diaminkan oleh ratusan jemaah yang hadir menunaikan kewajipan mingguan itu. Suasana pilu dirasai tatkala imam membaca bait-bait doa. Sebelum itu, khatib dalam khutbah Jumaat menggalakkan jemaah memperbanyakkan sedekah sebagai salah satu usaha mengelakkan wabak. Kluster Tawar yang ...

BALING- Tiada arahan rasmi penutupan kedai dalam daerah Baling setakat ini. Setiausaha Kelab Usahawan daerah Baling, Mohd Zaid Ab Mokti berkata, hasil maklumat Pejabat Kesihatan daerah Baling, pandemik COVID-19 dalam daerah ini terkawal. "Isu penutupan kedai telah dibangkitkan dan jawapan yang kita terima tiada satu kedai pun diarah tutup buat masa ini,"katanya kepada Rentas7.com hari ini Bagi kes di Kampung ...

ALOR SETAR-Pendapatan pembekal buah-buahan di negeri terjejas ekoran ketiadaan stok pelam, limau dan salak di Kemboja dan Thailand. Pembekal dikenali Shafie, 40 an dari Pekan Kuala Ketil berkata, ini kerana, bulan Julai dan Ogos bukanlah musim buah-buahan di dua negara berkenaan. Katanya, keadaan itu menyebabkan peniaga yang bergantung dengan pendapatan menjual buah-buahan terpaksa menutup sementara perniagaan. "Kami menjual buah-buahan seperti ...