Ada kuman di tekak suami polis, isteri dikurantin

PENGKALAN HULU– Suami kepada anggota polis yang bertugas di Balai Polis Pengkalan Hulu di sini disahkan positif COVID-19.

Ketua Polis Daerah Pengkalan Hulu, Deputi Superintenden Zulkepli Ibrahim berkata, lelaki berkenaan berusia 36 tahun dari Taman Orkid Kuala Ketil.

Menurutnya, anggota polis berpangkat konstabel itu disahkan sedang hamil lapan bulan.

“Suami anggota polis berkenaan itu telah hadir ke ujian saringan awal COVID-19 di Klinik Daerah Kuala Ketil pada 11 Ogos lalu.

“Pada peringkat awal lelaki berkenaan telah mendapat keputusan Negatif Covid 19,”katanya.

Beliau berkata, pada malam 13 Ogos lalu dia telah di hubungi semula oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Daerah Kuala Ketil mengatakan ada kuman di bahagian tekak dan perlu tindakan susulan.

Susulan itu, lelaki tersebut telah dikuarantin di Hospital Besar Sultanah Bahiyah, Alor Setar dan didaftar sebagai kes positif bagi negeri Kedah.

Beliau berkata, kali terakhir anggota polis tersebut bertemu suaminya ialah pada 8 Ogos.

“Pada 14 Ogos berikutnya wanita itu hadir ke Klinik Kesihatan daerah Pengkalan Hulu untuk saringan awal COVID-19.

“Sampel swap test akan dihantar analisa di Hospital Besar Ipoh, Perak dan keputusan dijangka akan diperolehi pada 15 Ogos (hari ini).

“Anggota polis itu dikurantin di rumahnya di Kampung Baru Taman Tasek, Pengkalan Hulu,”katanya.

Menurutnya, ibu bapa dan anak saudara konstabel berkenaan juga telah menjalani ujian sariangan dan sedang menunggu keputusan.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.