“Lim Guan Eng seorang pejuang”- Syed Saddiq

KUALA LUMPUR-Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyifatkan Lim Guan Eng sebagai seorang pejuang.

Menurutnya, bekas Menteri Kewangan itu bersedia untuk berusaha memastikan bahawa keadilan bukan hanya didengar sebagai slogan, tetapi dilihat berfungsi.

“Dia boleh hanya diam dan menikmati kuasanya sebagai seorang wakil rakyat, tetapi dia memilih untuk berjuang.

“Dia pernah dihumbankan ke penjara semata-mata kerana mahu memastikan gadis bawah umur yang menjadi mangsa pemerkosaan mendapat keadilan,”katanya yang dipetik daripada sebuah portal pada kelmarin.

Walaupun Setiausaha Agung DAP itu pernah dipenjara, Syed Saddiq berkata, Guan Eng tidak melupakan perjuangan,”katanya.

Syed Saddiq turut menyindir sentimen komunis mencabul hak Melayu sebagai satu fiksyen dan momokan.

“Komunis, bersekongkol dengan negara asing dan mencabul hak Melayu”.
Keseluruhan ayat ini terdengar seperti karya fiksyen, momokan Melayu paling utama,”katanya.

Kenyataan Ahli Parlimen Guar itu turut dikongsi laman rasmi DAP di Facebook hari ini dan mendapat pelbagai reaksi netizen.

Rata-rata mereka tidak bersetuju dengan kenyataan Syed Saddiq yang dianggap mentah dalam menilai politik.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.