Kemas kini JAWA TIMUR-Lelaki yang disyaki merogol sembilan wanita termasuk remaja bawah umur memberikan alasan bodoh untuk mempertahankan salah satu tindakannya. Ketika ditemui media Indonesia, suspek berusia 24 tahun mengakui merogol salah seorang mangsa selepas wanita itu menjalinkan hubungan cinta dengan adiknya. Remaja berusia 19 tahun itu telah diperdaya sebelum dirogol di rumah penginapan di Desa Tunggorono, Kabupaten Jombang Jawa ...

KUALA LUMPUR- Pas sering kali diserang terutamanya menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) walaupun bukan parti itu yang bertanding. Setiausaha Politik Presiden Pas, Syahir Sulaiman (gambar) berkata, situasi itu dapat dilihat pada PRK yang telah berlalu. "Di Semenyih, UMNO yang bertanding, PAS yang diserang. Di Tanjung Piai, MCA yang bertanding, PAS juga yang diserang,"katanya dalam satu kenyataan semalam. Beliau berkata, semua itu ...

BALING-"Hanya ini yang saya mampu bagi, cikgu tolonglah ambil ayam ini," kata penoreh getah dikenali Pak Long,73, ketika menyerahkan seekor ayam dipelihara kepada seorang wakil rakyat. Pak Long yang tinggal berseorangan diziarahi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayu, Abd Nasir Idris di rumahnya di Kampung Banggol Derom, semalam. Kesempatan itu digunakannya untuk menyerahkan salah seekor ayam miliknya kepada Abd Nasir ...

JOHOR- Seorang pemandu treler maut selepas kenderaan dipandunya itu terbalik di Kilometer 96.9 Lebuh Raya Utara- Selatan (PLUS) di Batu Pahat pada awal pagi tadi. Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Yong Peng, Ibnul Kassim Ahmad Abdul Hamid berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 5.16 pagi. Menurutnya, sebuah jentera bersama sebuah van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dengan ...

KUALA LUMPUR- Kelantangan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyuarakan isu-isu umat Islam sedunia menjadikan tokoh pemimpin itu semakin dikagumi masyarakat antarabangsa. Di Thailand khususnya, anak-anak muda negara itu menyatakan sokongan padu kepada Dr Mahathir berhubung kesediaan Malaysia membuka kedutaan untuk Palestin di Jordan. Dr Mahathir mengumumkan kesediaan Malaysia membantu Palesti kepada para pemimpin dan wakil dari 120 negara anggota ...

KUALA LUMPUR- Keputusan sebulat suara UMNO memilih MCA bagi bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai membuktikan parti Melayu tertua itu mempertahankan semangat permaufakatan BN. Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, UMNO komited untuk merealisasikan agenda Muafakat Nasional bagi mengembalikan Malaysia mengikut acuannya yang asal. "Muafakat Nasional adalah manifestasi semangat penyatuan ummah yang bersifat inklusif ...

KUALA LUMPUR-Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM) hari ini tampil menjelaskan status halal premis makanan Ah Cheng Laksa selepas dihujani pertanyaan ramai di media sosial halal Malaysia. Premis berkenaan yang tular di media sosial didakwa menggunakan bahan tidak halal dalam ramuan mereka walaupun turut dikunjungi pelanggan beragama Islam. "Untuk makluman, premis makanan Ah Cheng Laksa masih belum menjadi pemegang Sijil Pengesahan ...

KUALA LUMPUR-Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tidak bersetuju golongan penagih dadah dipenjarakan. Menurutnya, tindakan itu hanya akan memusnahkan masa depan mereka selain mendorong kumpulan itu melakukan jenayah lain atau kembali menagih dadah. Justeru katanya, usaha mempercepatkan menyahjenayahkan penagihan dadah akan dilakukan dengan menubuhkan satu jawatankuasa khas. Beliau berkata, jawatankuasa itu akan membincangkan bagaimana membezakan antara penagih ...

ALOR SETAR- Polis mengesahkan tiada unsur jenayah terhadap seorang guru yang meninggal dunia di dalam rumahnya di Kampung Banggol Jeneri Sik, semalam. Perkara itu dimaklumkan Ketua Polis Kedah, Datuk Zainuddin Yaacob selepas bedah siasat dilakukan ke atas wanita terbabit di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, hari ini, lapor Harian Metro. Beliau berkata, punca kematian guru itu disebabkan "Coronary Atherosclerosis" ...

SIK- Seorang guru ditemukan mati dipercayai dibunuh ketika sedang solat dalam kejadian sekitar 12.30 tengah hari hingga 1.30 petang di Kampung Banggol Jeneri, hari ini. Astro Awani melaporkan, mangsa, Fauziah Yup,30 an, yang mengajar di Sekolah Kebangsaan Padang Chicak dipercayai dibunuh individu tidak dikenali ketika tinggal berseorangan di rumah. Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Abdul Razak Osman berkata, mangsa ...