India longlai dibelasah Vietnam 3-0

India dihantar pulang dengan kekalahan 3-0

KUALA LUMPUR– India menjadi mangsa belasahan terbaru Vietnam pada perlawanan persahabatan Hung Thinh apabila dibantai 3-0 di Stadium Thong Nhat di Ho Chi Minh City malam ini.

Sebelum ini tuan rumah membelasah Singapura 4-0.

Singapura dan India sebagai pasukan jemputan sekadar seri 1-1 pada pertemuan di antara kedua-dua pasukan.

Tuan rumah unggul dengan gol pembukaan pada separuh masa pertama sebelum menambah dua gol pada babak seterusnya untuk menceriakan seluruh penyokong.

Kekalahan ini mendedahkan kekuatan sebenar India yang sebelum ini dilaporkan media berminat menyertai Piala AFF.

Ketika ramai peminat bola sepak dari ASEAN beranggapan pasukan itu kuat, Vietnam telah menunjukkan bahawa India hanya pasukan biasa-biasa.

RENTAS7/ FOTO: Asean Football

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.