Beri alasan bodoh, didakwa rogol sembilan wanita

Kemas kini

JAWA TIMUR-Lelaki yang disyaki merogol sembilan wanita termasuk remaja bawah umur memberikan alasan bodoh untuk mempertahankan salah satu tindakannya.

Ketika ditemui media Indonesia, suspek berusia 24 tahun mengakui merogol salah seorang mangsa selepas wanita itu menjalinkan hubungan cinta dengan adiknya.

Remaja berusia 19 tahun itu telah diperdaya sebelum dirogol di rumah penginapan di Desa Tunggorono, Kabupaten Jombang Jawa Timur pada September lalu.

Suspek, Adi Indra Purnama, ditangkap polis di rumahnya di Jombang Jawa Timur pada malam kelmarin selepas wanita terbabit mengadu kepada keluarganya dan membuat laporan polis.

Adi berkata, dia yang tersinggung dengan tingkah laku mangsa mendorongnya melakukan perbuatan keji itu.

“Masalahnya itu, dia sendiri berhubungan pacaran dengan adik saya sendiri.

“Dia tega berpacaran dengan adik saya. Sudah tahu adik saya, ngapain dipacarin,”katanya kepada Kompas ketika ditemui di depan bilik Unit PPA Polis Jombang, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Jombang, AKBP Bobby P Tambunan berkata, siasatan awal mendapati suspek telah memperkosa sembilan perempuan termasuk beberapa kanak-kanak bawah umur.

Menurutnya, setakat ini hanya dua mangsa tampil membuat laporan dan polis masih membuat siasatan lanjut.

Seorang lagi mangsa yang dirogol ketika berusia 16 tahun pada 1 Januari 2016 telah tampil membuat laporan polis.

Rentas7.com/ Foto Kompas

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.