Pemandu treler maut

JOHOR- Seorang pemandu treler maut selepas kenderaan dipandunya itu terbalik di Kilometer 96.9 Lebuh Raya Utara- Selatan (PLUS) di Batu Pahat pada awal pagi tadi.

Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Yong Peng, Ibnul Kassim Ahmad Abdul Hamid berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 5.16 pagi.

Menurutnya, sebuah jentera bersama sebuah van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dengan kekuatan sembilan anggota Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Ayer Hitam digerakkan ke lokasi.

“Sejurus dikeluarkan, dia disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang tiba untuk memberikan bantuan,”katanya yang dipetik daripada Harian Metro.

Katanya, operasi tamat pada jam 8.28 pagi dan mangsa diserahkan kepada polis.

Rentas7.com/Foto Harian Metro

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.