Polis sahkan tiada unsur jenayah, bukan dibunuh

ALOR SETAR– Polis mengesahkan tiada unsur jenayah terhadap seorang guru yang meninggal dunia di dalam rumahnya di Kampung Banggol Jeneri Sik, semalam.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Polis Kedah, Datuk Zainuddin Yaacob selepas bedah siasat dilakukan ke atas wanita terbabit di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, hari ini, lapor Harian Metro.

Beliau berkata, punca kematian guru itu disebabkan “Coronary Atherosclerosis” atau kegagalan arteri jantung serta tiada kecederaan lain pada tubuh mangsa.

“Proses bedah siasat mendapati mangsa mengalami kegagalan arteri pada jantung dan tiada kecederaan Iain pada tubuh mangsa,”katanya seperti dilaporkan Harian Metro, hari ini.

Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Media tempatan semalam melaporkan Fauziah Yop,30,an, didapati suami dan anak bongsunya dalam keadaan terlungkup atas katil pada jam 1.30 petang.

Ketika kejadian sekitar 12.30 tengah hari hingga 1.30 petang itu, suami mangsa, Hamzah dilaporkan keluar mengambil anak di sekolah.

Guru itu disangka dibunuh selepas ada kesan darah pada mulut selain barang dalam rumah berselerak dipercayai digeledah.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.