KUALA LUMPUR- Ikon muda Pas, Mohd Syahir Che Sulaiman dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada presiden parti Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi. Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan  berkata, lantikan Pengarah Strategi Dewan Pemuda Pas Malaysia itu dibuat menggantikan  Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar yang telah dilantik sebagai Menteri Besar Kerajaan Negeri Terengganu dan dipersetujui Abdul Hadi. "Pelantikan berkenaan telah ...

ALOR SETAR-  Cara Malaysia melayani pelarian perang dikagumi masyarakat dunia antarabangsa bahkan paling penting menuruti syarak. Penceramah, Dr Syeikh Abdullah Ali Al Yamani berkata, masyarakat dunia terutamanya bangsa Arab menyanjungi Malaysia kerana meletakkan nilai kemanusian di tahap tinggi. Menurutnya, perkara itu selari dengan tuntutan syarak dan membuktikan negara ini mempunyai asas Islam yang baik. "Malaysia yang menggunakan cara kemanusian bagi ...

PATANI- Lebih 1,000 umat Islam mengadakan solat hajat bagi memohon keamanan di selatan Thailand di Masjid At-Taqwa Sekolah Pondok Pombing daerah Panerek di sini hari ini. Ia susulan peningkatan kes pembunuhan, tembakan enam das ke arah guru agama hingga parah termasuk penahanan dua guru madrasah pada 2 Julai lalu. Lapor media MIN, solat hajat berkenaan juga khusus memohon keselamatan Sekolah ...

PATANI- Selatan Thai terus berdarah apabila empat lelaki ditembak mengakibatkan seorang terbunuh dalam kejadian di Kampung Kuwing, Mukim Baruh Yala, hari ini. Dalam kejadian jam 8 pagi waktu tempatan, tiga lagi dilaporkan cedera parah. Kesemua mangsa ditembak dalam kawasan berlukar. Kejadian terbaru itu berlaku selepas dua guru agama wilayah Patani ditangkap tentera di madrasah petang semalam. Photo: Ct Puspa Rentas7.com ...

PATANI-Warga pondok Pombing daerah Panarek di sini gempar dengan penangkapan seorang guru agama mereka, semalam. Penahanan Ustaz Mukhtar Abdullah oleh sepasukan tentera kerajaan berlaku pada jam 3 petang waktu tempatan. Turut ditahan guru agama sekolah tadika Melayu di Mukim Thanam Panarek iaitu ustaz Fauzi Omar. Fauzi Omar adalah adik ipar kepada ustaz Solaeh Nurdin yang cedera ditembak beberapa das tembakan ...

ALOR SETAR- Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun ditahan polis di belakang sebuah pasar raya di Kulim kerana menunggang motosikal curi. Ketua Polis daerah Kulim, Superintendan Mohd Yusof Shaari berkata, remaja itu ditahan pada 28 Jun lalu dalam Operasi Ops Samseng Jalanan kerana menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan. Menurutnya, pemeriksaan mendapati motosikal digunakan ialah kenderaan curi dan masih hilang. "Hasil ...

KULIM- Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir tidak hanya sepenggal mentadbir negara. Sebaliknya belia berkata, Mahathir diharap terus kekal memimpin negara pada penggal-penggal seterusnya. "Kerajaan dipimpin Tun Mahathir akan terus kekal bertapak dalam negara kita, bukan sepenggal..(tetapi) beberapa, berapa penggal, penggal yang akan datang, insya ALLAH,"katanya. Beliau berkata demikian dalam ucapan Majlis Aidilfitri Bersatu ...

ALOR SETAR- Pengalaman dipenjara selama 17 tahun oleh pemerintah Thailand suatu ketika dahulu masih meninggalkan kesan kepada kehidupan Baba Abdul Rahman Md Noh yang merupakan bekas Mudir Pondok An Najah Kampung Sungai Limau, Baling di sini. Kini di usia 78 tahun, beliau banyak menghabiskan waktu bersendirian dengan menelaah kitab, membaca al-Quran serta berjemaah di masjid. Berkongsi pengalaman pahit manis sebagai ...

ALOR SETAR-Seramai 26 orang pekerja syarikat perkhidmatan kebersihan dan kawalan keselamatan di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah menerima sumbangan amal sempena bulan Ramadan yang mulia, di Dewan Al Farabi, JPN Kedah baru baru ini. Barangan keperluan harian seperti beras, minyak masak, produk minum, kuih raya dan wang tunai telah disampaikan sendiri oleh Pengarah Pendidikan Negeri, Abd Aziz Selaiman. Abd Aziz ...

ALOR SETAR- Seramai 31 asnaf sekitar DUN Kupang menerima sumbangan hamper barangan keperluan dan tunai RM400 daripada Syarikat al-ikhsan dan Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas) di Masjid Ehsaniah,Kupang Baling, baru-baru ini. Pengerusi Biro Kebajikan Masjid Ehsaniah Kupang, Abu Bakar Che Ngah berkata, kesemua penerima mendapat sumbangan melalui program Iltizam dianjurkan oleh kedua-dua syarikat berkenaan. Menurutnya, program dianjurkan mempunyai kelainan berbanding aktiviti ...