Muhyiddin mahu Mahathir kekal Perdana Menteri

cof

KULIM- Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir tidak hanya sepenggal mentadbir negara.

Sebaliknya belia berkata, Mahathir diharap terus kekal memimpin negara pada penggal-penggal seterusnya.

“Kerajaan dipimpin Tun Mahathir akan terus kekal bertapak dalam negara kita, bukan sepenggal..(tetapi) beberapa, berapa penggal, penggal yang akan datang, insya ALLAH,”katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan Majlis Aidilfitri Bersatu Peringkat Nasional di Dewan Konvensyen MBI Desaku, malam tadi.

Menteri Besar Kedah ,Mukhriz Mahathir antara yang hadir

Muhyidin berkata, beliau berasa sangat bertuah kerana kerjasama di antara semua rakan-rakan kepimpinan seluruh negeri amat baik.

“Ada masalah, tetapi masalahnya dapat diselesaikan secara perundingan.

“Inilah yang seharusnya menjadi satu tugas dan tanggungjawab pemimpin di semua peringkat kerana kita mahu Bersatu menjadi parti yang kuat,”katanya.

Dalam pada itu beliau berkata, ahli-ahli telah berdaftar seharusnya menjadi ahli di peringkat cawangan dalam bahagian mereka.

“Jika perkara ini dapat diselesaikan dalam tempoh sebulan akan datang, maka lebih cepatlah program untuk mengadakan perhimpunan agung dan pemilihan di semua peringkat parti,”katanya .

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.