Umat Islam Patani solat hajat mohon keamanan

PATANI– Lebih 1,000 umat Islam mengadakan solat hajat bagi memohon keamanan di selatan Thailand di Masjid At-Taqwa Sekolah Pondok Pombing daerah Panerek di sini hari ini.

Ia susulan peningkatan kes pembunuhan, tembakan enam das ke arah guru agama hingga parah termasuk penahanan dua guru madrasah pada 2 Julai lalu.

Umat Islam Patani melakukan solat hajat hari ini.

Lapor media MIN, solat hajat berkenaan juga khusus memohon keselamatan Sekolah Pondok Bombing, lokasi Ustaz Mukhtar Abdullah ditangkap pasukan tentera.

Peningkatan konflik dijangka terus berlaku ekoran tekanan kerajaan kepada guru-guru agama dan masyarakat Islam yang dituduh sebagai pengganas.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.