DANNOK- Tambang van dari Dannok ke Patani kekal dengan harga 1­50 baht (RM15), kadar yang sama sejak lapan tahun lalu. Kadar harga itu juga sama bagi perkhidmatan van dari Patani ke Dannok. Pengusaha Van, Asmah, 50 an, berkata, kerajaan Thai mengekalkan harga tambang bagi dua destinasi berkenaan. Menurutnya, pengekalan harga itu ekoran jumlah penumpang dari Dannok ke Patani atau Patani ...

SUNGAI PETANI- Kelab Vateran Komando Malaysia tidak teragak-agak untuk menghantar memerondum kepada Sri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong. Presidennya, Sani Osman, (dua dari kanan dalam gambar) berkata, pihaknya akan melakukan perkara tersebut sekiranya kerajaan tidak mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang cuba menghidupkan ideologi komunis di negara ini. "Baru-baru ini, sewaktu Hari Keputeraan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. ...

SUNGAI PETANI- Ratusan individu berhimpun secara aman di Dataran Zero Sungai Petani, hari ini bagi membantah usaha menghidupkan kembali ideologi komunis di negara ini. Penganjuran kali pertama itu bermula jam 9 pagi dan berakhir 11.30 pagi. Ia menghimpunkan vateran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), NGO-NGO (Pertubuhan bukan kerajaan) serta masyarakat. Mesej penting peserta dalam himpunan itu adalah menuntut kerajaan mengambil tindakan ...

  PATANI- Imej kartun dengan dialog bertulisan Jawi dan Siam menjadi trending dalam kalangan pengguna Facebook di Thailand sejak beberapa hari lalu. Dialog lucu antara ibu dan anak menyebabkan ramai pengguna Facebook berkongsi gambar berkenaan. Ia disunting dengan pelbagai versi dialog menggunakan pertanyaan " pergi mana" dan "kenapa balik". Antara paling dikongsi ramai ialah dialog dalam loghat Melayu selatan Thailand yang ...

KUALA KETIL- Sebuah keluarga dari Kampung Bukit Batu Lintang berharap rumah dhaif dihuni mereka dapat dibaik pulih melalui perhatian Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) Halijah Osman,57, berkata, rumah berkenaan dihuninya bersama suami, Abdul Malik Saad,59, serta tiga anak dengan salah seorangnya masih bersekolah. Menurutnya, beberapa bahagian bumbung rumah berkenaan telah lama bocor manakala binaan rumah asal yang dibina pada tahun ...

MANILA- Impian skuad B-22 Indonesia membawa pulang pingat emas musnah apabila kecundang 3-0 kepada Vietnam dalam perlawanan akhir acara bola sepak Sukan SEA di Stadium Rizal Memorial Filipina, sebentar tadi. Bermain di pentas akhir menyaksikan Indonesia bolos dengan jaringan Van Hau Doan minit ke-39 dan Hung Dung Do minit ke-59. Van Hau Doan sekali lagi merobek gawang lawan pada minit ...

KUALA KETIL- Penduduk di Kampung Bukit Batu Lintang di sini merayu pihak berwajib menurap laluan menghubungkan rumah mereka dengan jalan raya. Ketua keluarga, Abd Malek Saad,59, berkata, jalan lebih 100 meter itu belum pernah diturap walaupun sudah tiga kali kerajaan dipilih melalui Pilihan Raya Umum (PRU). "Bila hujan keadaan jalan ini lebih teruk sehingga kereta pun susah nak lalu. "Kawasan ini ada ...

KULIM-Sebanyak empat buah rangka motosikal berjaya dibawa naik oleh Unit Selam Pasukan Polis Marin ( PPM) W1, Pulau Pinang dari dasar kolam Kilang Bata dan tepi empangan Sungai Sidam Kiri Sungai Petani, hari ini. Menerusi posting Pasukan Polis Marin di Facebook, keupayaan unit berkenaan mencari barang kes membuktikan ia relevan buat pasukan PDRM secara amnya dan PPM secara khususnya. "Unit ...

KUALA LUMPUR- Malaysia B-22 gagal ke separuh akhir Sukan SEA apabila tewas 3-1 kepada Kemboja 3-1 di Stadium Memorial Rizal Filipina, petang ini. Keputusan itu menyaksikan anak buah Datuk Ong Kim Swee sekadar menduduki tempat keempat Kumpulan A mengatasi Timor Leste yang berada kedudukan tercorot. Kemboja yang mengumpul 7 mata mengiringi Myanmar selaku naib juara kumpulan. Kedua-dua pasukan saling mengasak ...

KUALA LUMPUR- "Mesyuarat bawah pokok" itu coretan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam Facebooknya hari ini. Dr Zulkifli berkata, beliau hari ini menghadiri mesyuarat yang diadakan bawah pokok. Menurutnya, mesyuarat itu berhubung kedudukan arah kubur yang dilaporkan sedikit terpesong daripada arah kiblat. "Mesyuarat bawah pokok berhubung kedudukan kubur yang dilaporkan sedikit terpesong daripada arah kiblat. "Perbincangan boleh ...