Empat barang kes ditemui Unit Selam Polis Marin

KULIM-Sebanyak empat buah rangka motosikal berjaya dibawa naik oleh Unit Selam Pasukan Polis Marin ( PPM) W1, Pulau Pinang dari dasar kolam Kilang Bata dan tepi empangan Sungai Sidam Kiri Sungai Petani, hari ini.

Menerusi posting Pasukan Polis Marin di Facebook, keupayaan unit berkenaan mencari barang kes membuktikan ia relevan buat pasukan PDRM secara amnya dan PPM secara khususnya.

“Unit Selam PPM W1, Pulau Pinang sekali lagi menunjukkan kebolehan dan kecekapan dalam melakukan selaman operatif untuk membantu Jabatan Siasatan Jenayah Kulim mencari barang kes berkait kes curi motosikal,”kata kenyataan itu.

Rentas7.com/ Foto PPN

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.