Dik nak gi mana tuh? trending di Thailand

 

PATANI– Imej kartun dengan dialog bertulisan Jawi dan Siam menjadi trending dalam kalangan pengguna Facebook di Thailand sejak beberapa hari lalu.

Dialog lucu antara ibu dan anak menyebabkan ramai pengguna Facebook berkongsi gambar berkenaan.

Ia disunting dengan pelbagai versi dialog menggunakan pertanyaan ” pergi mana” dan “kenapa balik”.

Antara paling dikongsi ramai ialah dialog dalam loghat Melayu selatan Thailand yang ditulis dalam Jawi bermula perkataan ” Dik nak gi mana tuh?”.

Namun, asal usul watak kartun yang penuh di “news feed” Facebook itu menjadi persoalan ramai.

Dialog lucu dalam tulisan Jawi

Memetik laporan media Thailand, watak berkenaan ialah daripada kartun di Filipina bertajuk “Mag-in” yang membawa maksud emak atau ibu.

Kartun berkenaan dilaporkan dilukis semula dalam bentuk 3D sehingga ia menjadi tular.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.