MERBOK- PAS Kedah bersedia memberikan kerjasama kepada Kerajaan Pusat mahupun negeri dalam segenap aspek bagi membangunkan tapak Arkeologi Sungai Batu, Merbok Pesuruhjaya PAS Kedah, Ahmad Yahya berkata, daripada sudut politik, PAS akan memberikan perhatian kepada sejarah penting berkenaan. Menurutnya, tapak Arkeologi Sungai Batu bakal mengangkat identiti ketamadunan Melayu yang bertapak lebih awal daripada tamadun-tamadun lain. "Selalu dilihat bangsa Melayu dengan ...

KUALA LUMPUR- Hajat Indonesia untuk membalas dendam ke atas Malaysia tidak kesampaian apabila tewas 2-0 kepada Harimau Malaya bagi aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Asia 2023 Kumpulan G di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi. Pada perlawanan 5 September lalu, Harimau Malaya membenam Sang Garuda 3-2 di Stadium Gelora Bung Karno. Malaysia memperolehi gol tunggal pada separuh masa pertama melalui sepakan ...

IPOH-  Kepimpinan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mendapat sokongan terbuka semua Exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PH Perak, hari ini. Exco kanan Negeri Perak, Asmuni Awi berkata, sejak akhir-akhir ini, terlalu banyak khabar angin dan fitnah yang dilemparkan kepada pihak kerajaan Perak Menurutnya, ia cubaan untuk mengganggu gugat kestabilan pentadbiran Kerajaan di bawah PH. "Meskipun telah ...

KUALA LUMPUR - Bekas pengadil Piala Dunia 2018 Alireza Faghani (gambar) dipilih menjadi pengadil bagi pertemuan Malaysia menentang Indonesia bagi di Stadium Nasional Bukit Jalil, esok. Pengadil dari Iran itu dipilih FIFA bagi aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Asia 2023 Kumpulan G. Liputan6 memetik media Iran, Mehrnews, Alireza akan dibantu Mohammadreza Mansouri, Mohammadreza Abolfazli, dan Mo'ud Bonyadifar yang juga berasal dari ...

KUALA LUMPUR- BERJASA konsisten bahawa kawasan majoriti Melayu perlu diwakili wakil rakyat daripada orang Melayu. Pendirian itu memberikan isyarat bahawa BERJASA mungkin akan masuk sebagai "pengacau" di kawasan majoriti Melayu pada pilihan raya akan datang sekiranya situasi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai berulang. PRK Tanjung Piai menyaksikan PAS dan Umno merelakan calon bukan Melayu bertanding di kawasan berkenaan. ...

KUALA LUMPUR- Kekalahan PH pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai tidak melemahkan semangat Parti Amanah Negara (Amanah). Presidennya, Mohamad Sabu berkata, partinya menerima keputusan yang telah dibuat rakyat dengan terbuka namun penuh kesedaran. "Keputusan ini tidak sedikitpun melemahkan semangat kami malah menyemarakkan lagi tekad untuk terus bekerja kuat memberi khidmat terbaik kepada rakyat,"katanya dalam satu kenyataan hari ini. ...

KUALA LUMPUR- Kemenangan BN dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai membuktikan sokongan rakyat kepada penyatuan ummah. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan PRK Tanjung Piai mengukuhkan kerjasama blok pembangkang. "Kemenangan ini menunjukkan penerimaan rakyat bermasyarakat majmuk terhadap agenda penyatuan ummah. "Seterusnya mengorak langkah bagi mengukuhkan kerjasama dan integrasi yang lebih erat di peringkat nasional,"katanya dalam ...

KUALA LUMPUR- Indonesia sah menggunakan jurulatih baru bagi menghadapi Malaysia pada saingan kelayakan Piala Dunia 2022/Asia Kumpulan G di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selasa ini. Media Indonesia melaporkan, Simon McMenemy digantikan dengan jurulatih baru, Yeyen Tumena (gambar) walaupun anak kelahiran Scotland itu turut bersama pasukan Indonesia di Kuala Lumpur. Yeyen Tumena berusia 43 dan berasal Sumatera Barat dilaporkan akan dibantu ...

PATANI- Dua individu maut manakala seorang kanak-kanak cedera dalam satu kejadian tembakan di daerah Pa Rai di sini, petang tadi. Dalam kejadian 5.45 waktu tempatan itu, Anukul Khunkaew (lelaki),60, dan Yupin Khunkaew (wanita),55, maut di lokasi kejadian. Seorang lagi mangsa dikenali Chantra Kan Intaprom berusia dua tahun mengalami kecederaan akibat jatuh daripada motosikal dihantar ke hospital bagi menerima rawatan. Menurut ...

KUALA LUMPUR- Skuad Gajah Perang tersungkur di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini apabila tewas 2-1 kepada Harimau Malaya bagi saingan kelayakan Piala Dunia 2022/Asia 2023. Malaysia bagaimanapun dikejutkan dengan gol awal pelawat yang dijaringkan Chanathip Songkrasin pada minit ketujuh. Gol itu tidak melemahkan kesebelasan wira Harimau Malaya, sebaliknya anak buah Tan Cheng Hoe bangkit dengan permainan lebih kemas dan ...