Wira muda kebangsaan pulang ke tanah air

Para pemain menaiki pesawat dan terbang pulang dari Korea Selatan

KUALA LUMPUR-Wira skuad Bawah 22 tahun (B-22) selamat pulang ke tanah air selepas mengharungi tiga aksi kelayakan Piala Asia B-23 2022 di Mongolia.

Memetik Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), para pemain pulang menaiki pesawat sewa khas Malaysia Airlines di Incheon Korea Selatan.

Skuad muda kebangsaan layak ke Piala Asia B-23 tahun depan di Uzbekistan selepas muncul Juara Kumpulan J.

Malaysia mengumpul tujuh mata hasil kemenangan 1-0 ke atas Loas dan tuan rumah pusingan kelayakan, Mongolia sebelum diikat Thailand 0-0.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.