Warisan jadi alternatif rakyat

Datuk Mustaffa Idrus

SUNGAI PETANI -Datuk Mustaffa Idrus yakin dan percaya Parti Warisan Malaysia dapat memenangi kerusi DUN dan Parlimen di Sabah dan Semenanjung pada PRU-15 ini.

Beliau berkata, keyakinan itu berdasarkan situasi politik semasa.

“Saya sebagai pendukong warisan Negeri Kedah mempunyai keyakinan tinggi bahawa parti Warisan boleh memenangi kerusi DUN dan parlimen jika diletakkan calon untuk menentang beberapa parti lain saperti UMNO, PKR dan kumpulan Gagasan Tanah Air yang disertai oleh Parti Putra, Pejuang dan sebagainya.

“Saya yakin rakyat tidak akan memberi undi kepada parti yang disebut tadi,”katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata, Warisan sebagai sebuah parti yang mempunyai kekuatan dan pengaruh bakal menjadi alternatif kepada rakyat dalam membuat keputusan mengundi.

“Saya selaku mantan Pengerusi Perhubungan Putra Negeri Kedah kedah yakin kepada hala tuju parti Warisan yang ingin mengembalikan kegemilangan Malaysia di persada dunia.

“Ini kerana kepimpinannya yang telus ikhlas dan berintergriti,”katanya.

Mustaffa berkata, rakyat juga mahukan sebuah kerajaan yang stabil dan apa terjadi kepada negara selepas PRU-14 perlu dijadikan pengajaran.

“Dalam satu penggal Malaysia telah tiga kali bertukar kerajaan.

“Kerajaan rapuh begini tidak disukai rapat kerana di akhirnya rakyat menerima kesannya tertutamanya dalam sudut ekonomi dan kebajikan mereka.

“Apa telah terjadi perlu dijadikan pengajaran. Parti yang mempunyai masalah intergriti dan terpalit kluster mahkamah perlu ditolak dan ditentang sehabis-habisan,”katanya.

Mustaffa berkata, rakyat yang bijak perlu memilih parti yang tidak mempunyai masalah intergriti untuk mentadbir negara.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.