Ulama meninggal dunia, alam berduka

BALING – Alam seoalah-olah “berduka” dengan pemergian Tuan Guru Haji Muhammad Rifaee Yaakob (gambar).

Sebaik jenazah selesai disolatkan, cuaca yang sebelum itu redup bertukar mendung lalu hujan.

Hujan mengiringi keranda jenazah yang diusung kira-ki 100 meter dari Masjid Parit Panjang ke tanah perkuburan Islam Parit Panjang.

Turut hadir memberikan penghormatan terakhir Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor dan Exco Agama Kedah, Brigadier Jeneral (B) Datuk Najmi Ahmad.

Almarhum meninggal dunia pada awal pagi tadi kerana komplikasi jantung.

Beliau merupakan pengasas dan mudir kepada pondok ditubuhkannya di Kampung Charok Salang, selain pernah dilantik sebagai Ahli Majlis Fatwa Negeri Kedah pada 2019.

Pondok Tuan Guru Haji Muhammad Rifaee telah melahirkan ribuan pelajar berjaya dalam pelbagai bidang.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.