Malaysia menang tipis lawan Maldives

KUALA LUMPUR- Malaysia menumpaskan Maldives 2-1 dalamĀ  perlawanan latihan tertutup di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam ini.

Malaysia dibimbing Tan Cheng membuka tirai jaringan minit kelapan menerusi Syahmi Safari.

Kedudukan itu tidak kekal lama apabila Maldives mengikat kedudukan pada minit ke-60 oleh Ahmed Rizuvan.

Gol kemenangan Malaysia dijaringkan pemain gantian, Baddrol Bakhtiar pada babak ketiga, minit ke-72

Maldives, ranking 154 dunia berbanding Malaysia di kedudukan 158 dunia dalam persiapan memperkemaskan pasukan bagi mengharungi aksi kelayakan Piala Dunia 2022.

Selepas mengharungi tiga perlawanan, anak buah Petar Segrt baru mengumpul tiga mata dengan berada di tangga keempat Kumpulan A di belakang Syria, China dan Filipina manakala Guam tercorot.

Rentas7/ Foto FAM

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.