Sudah tiba Khyril Muhaymeen dipanggil sertai Harimau Malaya

 

KUALA LUMPUR- Perjalanan pasukan kebangsaan dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2022 /Piala Asia 2023 seperti sudah boleh diramal.

Malaysia yang diharap melangkah jauh oleh penyokong telah kecundang dua kali dalam tiga perlawanan, kini hanya menduduki tangga keempat daripada lima pasukan.

Situasi itu mengundang cemas para penyokong Harimau Malaya, namun dalam masa sama mereka mengharap Malaysia mampu sekurang-kurangnya memburu slot ke Piala Asia 2023.

Berdasarkan analisis ketiga-tiga perlawanan, beberapa faktor utama penyebab anak buah Tan Cheng Hoe berputih mata walaupun turun dengan beberapa pemain naturalisasi.

Faktor pertama dan kedua dikesan ialah kesilapan benteng pertahanan, lima gos dibolosi rata-rata berpunca daripada kesilapan individu.

Posisi serangan pula menunjukkan kelemahan paling ketara dan faktor itu perlu diperbaiki segera sebelum melayani Thailand dan Indonesia pada 14 dan 19 November di gelanggang sendiri.

Penyerang tidak konsisten

Barisan serangan diketua Mohamadou Sumareh, Norshahrul Idlan Talaha (Mat Yo) dan Muhammad Safawi Rashid kurang idea dalam melakukan asakan.

Dalam tiga aksi diharungi setakat ini trio serangan negara itu gagal mempamerkan aksi konsisten.

Seperti pertemuan menentang Vietnam tempoh hari, pemain lawan dilihat mudah mematahkan bola yang digelecek tiga penyerang berkenaan.

Ketumpulan serangan bukan sahaja menyebabkan Malaysia pulang tanpa sebarang mata tetapi berupaya memusnahkan moral para pemain.

Khyril perlu diberi peluang

Bagi mengasah lebih tajam bahagian serangan, Cheng Hoe disaran mencuba sentuhan pemain Selangor, Mohd Khyril Muhymeen Zambri.

Kyhril Muhymeen yang selesa bermain di sayap kanan turut mempunyai sentuhan pemusnah ketika diletakkan sebagai penyerang tengah dan sayap kiri.

Pemain ini beraksi cemerlang bersama Kedah pada 2004-2015, namun beberapa tahun kebelakangan ini kehadiran dalam Liga Malaysia Khyril kurang dirasai.

Zaman kegemilangan pemain berusia 32 tahun itu seperti kembali menyinar sejak bersama Selangor musim ini.

Sentuhan tajam depan gol

Selain lincah mengelecek bola dan mempunyai larian deras, Kyhairil juga tajam dengan tandukan gol serta kelibatnya sentiasa menghantui pertahanan lawan.

Cheng Hoe sewajarnya memanfaatkan potensi pemain itu di bahagian serangan negara.Posisi Mat Yo sudah boleh diserahkan kepada Khyril.

Pemain mempuyai pakej lengkap ini berupaya menjadi senjata “senyap” skuad negara.

Skuad di rantau ini, Vietnam, Thailand dan Indonesia sudah “masak” dengan gaya permainan barisan serangan sedia ada.

Setelah dikecewakan Vietnam, tidak mustahil Thailand pula akan merumitkan perjalanan Malaysia bagi kempen kali ini.

Namun, jika bekas pemain pernah beraksi untuk Negeri Sembilan, Air Asia, PKNS FC, dan Perlis itu dipanggil, ia dijangka memberi variasi serangan  skuad negara.

Kehadiran Khyril akan lebih membantu dan membuka ruang kepada penyeranga seperti Safiq Ahmad kerana kedua-dua pemain dilihat mempunyai gaya permainan hampir serupa.

Safiq dan Khyril masing-masing mempunyai kualiti menjaringkan gol dengan tandukan.

Kebolehan kedua-dua pemain ini amat diperlukan bagi memecahkan kubu lawan yang bertahan secara tersusun serta

Di Bangkok, Thailand telah menunjukkan cara sebenar menumbangkan UAE.

Dua tandukan melalui hantaran dari kiri dan kanan memastikan kemenangan mutlak skuad gajah putih ke atas negara Timur Tengah itu.

Jika diteliti, kedua-dua gol itu tidak jauh beza dengan taktik Malaysia membolosi gawang UAE di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Tandukan Safiq menyentap anak buah Bert Matwijk. Sayangnya, pemain lain tidak mempunyai kualiti seperti Safiq.

Terlalu harap Safiq

Kebergantungan penuh kepada Safiq untuk menjaringkan gol dalam ruang sempit dan sukar menambah ketumpulan serangan negara jika pemain itu dirantai atau cedera.

Justeru, telah tiba masanya Khyril Muhymeen dipanggil setelah lama tidak beraksi untuk negara.

Faktor umur bukanlah penghalang dan itu telah dibuktikan Khyril di atas padang bersama kelab.

Untuk rekod, musim ini bersama Selangor Khyril antaranya menyumbat gol ketika menentang Pahang dan JDT.

Pemain pernah merangkul juara Liga Super bagi tiga tahun berturut-turut bersama Kedah (2007-2009) itu turut menjaringkan dua gol bagi saingan suku akhir Piala Malaysia, ketika  Selangor menumbangkan Perak 3-1 di Stadium Shah Alam.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.