Master Key 7 kembali bersama Wacana RENTAS7

Master Key 7

KUALA TERENGGANUMohd Zukhi Ghazali atau lebih dikenali sebagai Master Key 7 akan kembali mengendalikan Wacana RENTAS7 mulai bulan ini.

RENTAS7 dalam kenyataan memaklumkan, Master Key 7 akan kembali sebagai moderator selepas hampir dua tahun tidak bersama pentas berkenaan.

“Beliau akan ke Patani pada minggu pertama September dan selepas Master Key 7 pulang, pihak RENTAS7 akan mengadakan perbincangan lanjut tentang topik akan dibawakan bulan ini.

“Ketika ini semuanya berjalan lancar. Master Key 7 amat gembira dan tidak sabar bersiaran selepas slot ini terhenti akibat COVID-19,”katanya.

RENTAS7 memaklumkan, Wacana RENTAS7 dijangka akan mula bersiaran pada minggu kedua September.

“Kami memohon maaf kerana Wacana RENTAS7 terhenti lama dan cubaan untuk mengembalikan pentas ini sering tergendala akibat beberapa faktor,”katanya.

RENTAS7 berkata, Wacana RENTAS7 akan kembali dengan beberapa perubahan baharu.

Untuk rekod, Wacana RENTAS7 yang dipancarkan secara langsung di Facebook menampilkan beberapa perbincangan berkaitan skop sejarah, politik dan isu semasa.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.